Jakarta: Indonesia akan menguatkuasa peraturan baharu yang melarang berdagang di media sosial seperti TikTok bagi melindungi peniaga kecil, mikro dan sederhana. Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan berkata, menerusi peraturan baharu yang ditandatangani Isnin lalu, platform media sosial hanya dibenar untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan.
"Platform media sosial hanya boleh melaksana promosi barangan dan perkhidmatan serta tidak boleh (melakukan) dagangan langsung serta pembayaran terus. "(Jadi) Tidak boleh lagi (jual beli terus daripada media sosial seperti sebelum ini), hanya boleh promosi saja," katanya yang dilapor Antara News. Zulkifli berkata, seperti televisyen, media sosial atau platform digital lain hanya boleh menjadi ruangan promosi semata-mata, malah kerajaan dengan jelas mengasingkan platform 'perdagangan sosial' dan 'media sosial'.
"Ia mesti dipisahkan, jadi ia tidak akan menguasai semua algoritma, dan ini menghalang penggunaan data peribadi untuk tujuan perniagaan," katanya. Peraturan baharu itu turut menetapkan senarai positif barangan atau produk dibenar diimport, manakala antara barangan yang tidak boleh diimport atau dalam senarai negatif ialah batik.-CARI Sumber: Harian Metro
|
honam: malaysia bakal follow indon ke nak banned juga e-commerce?
honeybee1802 replied at 27-9-2023 09:21 AM
Satgi indon mai menege online kt sini plak..sini semua boleh
gigahertz replied at 27-9-2023 06:27 PM
kat shopee dah mula dah.
dulu2 China sahaja. sekarng Indonesia , Korea , Thailand , Taiwan.
antikorok replied at 27-9-2023 05:19 PM
Prisskiesss tak peduli sebab dah aman2 hidop kat tanah ayer ni menghisap segala subsaydee dan kekaya ...
ultra78 replied at 28-9-2023 07:28 AM
Tiktok shop ni newcomer dalam ecommerce platform. Ia platform yang bagus untuk usahawan dan industri ...
kemaruk replied at 28-9-2023 08:52 AM
Murah sebab subsidi oleh kerajaan china
Bangkem beli powerbank rm4 jer.. kalau beli kat shopee rm80 ...
aisah7493 replied at 28-9-2023 09:33 AM
Sorry yet report, beli kat mana tu yg murah2
ADVERTISEMENT