Sarat hamil anak kedua, Ayda Jebat aekali lagi memilih untuk bersalin secara pembedahan (czer), Disember depan. “Saya masih memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana menerusi pengalaman yang pertama dulu, saya memang dapat suatu momen yang membahagiakan.
“Daripada segi ada yang cakap sejurus bersalin czer, kita akan rasa sakit dan susah untuk jaga. Bagi saya ia tidak betul berdasarkan pengalaman sendiri. “Mungkin lain orang lain kesannya dan masing-masing boleh memberikan pendapat. Alhamdulillah pengalaman dan momen untuk saya dipermudahkanNya.
“Malah selepas bersalinkan anak pertama, ada kawan Nabil yang bertanya pendapat dan kami hanya berkongsi apa yang dirasakan baik. “Malah Nabil sendiri ada pengalaman menjaga saya ketika berpantang,” katanya kepada MH.
Ayda bakal bersalin anak lelaki hujung tahun ini dan tarikh tersebut perlu dipercepatkan daripada tarikh jangkaan asal. “Kami sudah pun memilih tarikh untuk bersalin. Sepatutnya bayi dijangka lahir pada 1 Januari tahun depan ketika dalam ulang tahun perkahwinan kami.
“Namun kena pilih tarikh lain memandangkan saya akan dibedah. “Jadi InsyaAllah saya akan bersalin pada bulan Disember. Mudah-mudahan prosesnya akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi. -CARI Sumber: Media Hiburan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|