JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal dan rakan serumahnya,wanita tomboi menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menganiaya dan mengabai anak kandungnya, sejak Julai bulan lalu.
Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan Awiin Chua, 30, menukar pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim VM Mabel Sheela. Terdahulu, Nurul Asyiqin yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi disambut oleh ayah kandung dan bapa saudaranya yang hadir untuk mengikuti perjalanan kes tersebut. Suasana pilu menyelubungi mahkamah itu setelah Nurul Asyiqin dan bapanya, Mohamad Zahir Ahmad, 62, berpelukan dan menitiskan air mata setelah beberapa tahun tidak bertemu. Bagi pertuduhan pertama, kedua-duanya didakwa dengan niat menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang berada dalam pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Bagi pertuduhan kedua, Nurul Asyiqin dan Awiin didakwa dengan niat mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung Nurul Asyiqin ketika mangsa berada dalam pemeliharaan mereka. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu. Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Zubir manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Abd. Rahim Ali. Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober depan untuk fakta dan hukuman.-CARI Sumber: Kosmo
|
sayurmayur88 replied at 27-9-2023 02:51 PM
mana komen ????
cikatilia replied at 27-9-2023 03:35 PM
benci nya corak api2 baju tomboi tuh
kelapaparut replied at 27-9-2023 03:10 PM
nak komen ape, da nmpk terang lg bersuluh pengkid berani dgn budak je, kalu dpt kat jantan mngandung ...
mejaputih replied at 27-9-2023 04:59 PM
masuk mahkamah baru dpt jumpa bapanya....selama ni tak penah balik kg jumpa bapaknya ke? dasar....
black_handbag replied at 28-9-2023 04:15 PM
ntahnya. kalau benci sangat budak tu sbb dah cerai dgn apaknya, campak la budak tu kat mak ayah ko ...
ADVERTISEMENT