CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhil Amani Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Sejak Mei 2019

27-9-2023 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6559| Komen: 39

Ruhil Amani akhirnya mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya iaitu Jamil Wilson sejak Mei 2019.

Katanya terpaksa menyorokkan berita berkenaan kerana sebagai ibu dia bertanggungjawab untuk melindungi anaknya iaitu Ariana yang ketika itu baru berusia 15 tahun dan Raayan, 8.


Kata Ruhil, tumpuannya ketika itu adalah untuk memastikan mereka berdua dapat menyesuaikan diri dengan situasi kehidupan yang baharu serta bagi mengelakkan sebarang salah faham yang boleh menimbulkan fitnah.

Foto: mStar

"Assalamualaikum buat kawan semua. Di sini saya ingin memaklumkan dan mengesahkan yang saya dan juga bekas suami saya sudah bercerai pada tanggal Mei, 2019.

"Sebelum ini saya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan pada kawan semua kerana sebagai seorang ibu, tanggungjawab dan keutamaan saya adalah untuk melindungi anak saya Ariana yang akan menduduki peperiksaan penting IGCSE dan Raayan yang baru sahaja berusia lebih kurang 8 tahun," katanya di Facebook.


Tambah Ruhil, dia terbuka untuk memaklumkan perceraiannya setelah berbincang dengan anak-anak selain isu berkenaan sudah mendapat perhatian ramai.

"Tujuan saya memberi kenyataan pada hari ini kerana untuk mengelakkan sebarang tanda tanya dan salah faham yang boleh menimbulkan fitnah," ujarnya.

Ruhil bagaimanapun enggan mendedahkan punca dia dan suami bercerai.

Dalam masa sama, dia reda dan menerima takdir serta percaturan hidup yang diaturkan ini dengan hati terbuka.


Foto: mStar

"Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga dan teman rapat, saya dan anak-anak dapat menyesuaikan diri, meneruskan kehidupan dan bahagia dengan fasa kehidupan kami yang baru.

"Saya juga sangat bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah SWT anak-anak yang baik, kuat dan matang dari usia mereka," katanya.

Untuk rekod, Ruhil sebelum ini enggan mendedahkan status perkahwinannya apabila terdapat beberapa dakwaan bahawa mereka tidak lagi bersama.

Ruhil telah berkahwin bersama Jamil yang merupakan seorang pemuzik pada 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson,19 dan Raayan Alexander Wildon, 12. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote loklokanz 27-9-2023 02:11 PM
ruhil kerja apa sekarang?
Quote ira_sindarella 27-9-2023 02:14 PM
Salam Takziah je lah.
Quote black_handbag 27-9-2023 02:15 PM
comel2 anaknya. tetiba acik ruhil buat kemunculan, acik ruhil nak cuba masuk GV ke cane  ni
Quote doubleA 27-9-2023 02:25 PM
Lama gak la kawen dalam 16 tahun. Takziah. Masa kawen pun deme memang dok malaysia ke lepas cerai baru dok malaysia?
Quote She-Ra 27-9-2023 02:25 PM
lama tak dgr dia menyanyi... masih merdu kah?
lagu2 dia pun byk yg sedap sedap belaka
Quote fadz84 27-9-2023 02:29 PM
Muka anak pompuan dia mcm iras Sallywho sket..
Quote Miss.Rara 27-9-2023 03:07 PM
fadz84 replied at 27-9-2023 02:29 PM
Muka anak pompuan dia mcm iras Sallywho sket..

sallywho? sally tiktok? siyes arrr muka sally tiktok? jauh nauu..

sally kulit gelap kot kalau tak mekap.. muka kg habis kalau tak mekap..
Quote MistrezHermanaz 27-9-2023 03:14 PM
Miss.Rara replied at 27-9-2023 03:07 PM
sallywho? sally tiktok? siyes arrr muka sally tiktok? jauh nauu..

sally kulit gelap kot kalau ta ...

siti saleha la chuols
Quote jlo 27-9-2023 03:19 PM
takziah.....
Quote Miss.Rara 27-9-2023 03:36 PM

ooooo hahahhaha ku pkir si sally tt tadi hahahah
Quote laksmanabentan 27-9-2023 03:45 PM
theyoollsss tinggal di mana tu??
KL ker?
Quote NazRysha 27-9-2023 03:46 PM
masih cantik ek dia
Quote Cpkay 27-9-2023 04:00 PM
suka benar iolss dengan ruhil ni .. waktu dia kawin kat kampung suami dia pun sweet je ..
Quote noorazurams 27-9-2023 04:13 PM
Dah 4 tahun berpisah rupanya.
Quote sharlenetexas 27-9-2023 04:14 PM
Nmpk lawa anak2 dia. Bila polish lagi wow.

Quote Herlina 27-9-2023 04:22 PM
Sepanjang follow dia kat FB, mmg tak de apa pun yg boleh mendatangkan syak wasangka dengan hubungan deme laki bini.
Dia banyak pos pasal keluarga, anak2 dan kegiatan seni dia.

Bagus la hal rumahtangga simpan elok2.
Semoga berbahagia hendaknya dia dan anak2
Quote bondeh 27-9-2023 05:11 PM
Lagu Ruhil tajuk Cinta Abadi best
Quote blekkep 27-9-2023 06:47 PM
luv u ruhil
Quote kaedahnya 28-9-2023 10:51 AM
what happened? dulu tv3 pernah tunjuk time depa baru kawin kot. aku impressed jugak sebab laki tu pandai cakap melayu & nampak decent. tak sangka berpisah jua.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047735 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top