PETALING JAYA – Macam trend sahaja, segelintir individu hanya rajin menunaikan ibadah umrah di Mekah, tetapi sukar menjejakkan kaki ke masjid apabila pulang ke kampung halaman.
Di TikTok, Ustaz Mokhtar Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang hanya beribadah ketika melakukan haji atau umrah, namun enggan melakukan hal sama di rumah. “Sekarang ini, jadi satu trend semua orang pergi umrah. Kalau boleh, satu keluarga, satu kampung pergi umrah. Tetapi, lepas balik umrah, tidak datang ke masjid. “Balik dari umrah, sibuk cerita seronoknya sembahyang berjemaah. Tetapi, 12 hari di Mekah itu sahaja ke berjemaah?,” katanya dalam video sama. Tambahnya, ada sesetengah orang yang sanggup panggil mutawwif seawal pukul tiga pagi di Mekah semata-mata untuk menunaikan solat jemaah.
“Tetapi, bila dah naik kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara kita yang lebih sanggup qada solat. “Belum turun kapal terbang lagi sudah minta qada sembahyang. Jadi, tidak pelik sekiranya ada yang sudah menunaikan umrah tetapi Allah masih tidak beri hidayah,” katanya. Di ruangan komen, orang ramai mengakui masih ada yang tidak berubah walaupun selepas menunaikan haji atau umrah. “Benarlah hidayah itu milik Allah,” kata seorang pengguna. “Ada yang pergi Mekah hanya untuk berjalan-jalan sambil beribadah. Balik ada macam-macam tanggungjawab lain,” kata seorang lagi pengguna. -CARI Sumber: Kosmo
|
Buritan: Camana nak tau kalau kita dibe ...
Beribear: yg part hidayah tu tak sure tp ...
talapia replied at 27-9-2023 02:26 PM
soalan serius... adakah hadis ke.. hukum ke.. yg menyatakan lelaki lebih afdhal solat jemaah di masj ...
eragon replied at 27-9-2023 02:19 PM
kalu tak ke masjid, tapi org tu solat tak tinggal, awal waktu, solat sunat semua, jemaah lagi. semua ...
Buritan replied at 27-9-2023 02:32 PM
Aku ni sebenonyaa nak dkt dgn Allah.. tapi tu laa iman aku tak istiqamahh.. cth nyaa bab solat di ...
zehra2 replied at 27-9-2023 02:41 PM
mcm aku ni solat dirumah je lah. sebab rumah tkde orang lelaki.. kang menonong kemasjid sorang2.. ri ...
talapia replied at 27-9-2023 02:26 PM
soalan serius... adakah hadis ke.. hukum ke.. yg menyatakan lelaki lebih afdhal solat jemaah di masj ...
talapia replied at 27-9-2023 02:26 PM
soalan serius... adakah hadis ke.. hukum ke.. yg menyatakan lelaki lebih afdhal solat jemaah di masj ...
ADVERTISEMENT