Oleh Izzah Abbasy
Lelaki mahupun wanita, kedua-duanya apabila mempunyai kerjaya sudah pasti akan mementingkannya sehingga terlupa akan si dia. Terlalu pentingkan kerjaya susah juga tau! Setiap pasangan mengimpikan saat-saat indah bersama, melayari bahtera percintaan dan kongsi suka duka. Tertekan juga apabila mempunyai pasangan yang pentingkan kerja, kerja , kerja dan barulah anda. Boleh jadi naik angin tiap masa! Betul tak? Bagaimana nak atasi? 1. Kerapkan Berkomunikasi Memiliki kekasih atau suami yang asyik kerja oh kerja bukan bererti anda tidak perlu berkomunikasi. Meskipun anda mungkin sukar untuk berjumpa,namun kerapkan berkomunikasi melalui telepon, sms, WhatsApp,Facetime dan sebagainya. Manfaatkan kecanggihan teknologi sekarang untuk berkomunikasi dengan pasangan anda. 2. Jangan Malu Untuk ‘Mencari’ Si Dia Malu sememangnya karakter umum wanita. Selalunya anda inginkan kekasih anda ‘mencari’ anda dahulu,sedangkan anda juga boleh mulakan ‘mencari’ kekasih anda yang terlampau kerja oh kerja. Mungkin kerana kesibukannya, si dia kadang-kadang lupa meninggalkan pekerjaannya dan tidak terpikir untuk menghubungi anda. Daripada anda memendam rasa menunggu khabar darinya,lebih baik anda yang menghubunginya. Contohnya anda boleh mengingatkannya supaya jangan lupa makan walaupun sibuk dengan kerja. Tindakan anda ini mungkin menjadi sangat bererti untuk dirinya, apatah lagi di tengah-tengah kesibukannya. Pasti si dia terasa disayangi. 3. Sibukkan Diri Daripada anda memikirkan kekesalan atau kesedihan anda kerana sukar untuk bertemu dengan kekasih kerana sibuk dengan kerja oh kerja,ada baiknya anda juga harus mulai sibukkan diri. Lakukan aktiviti yang anda sukai, berkumpul bersama teman-teman, menulis blog atau melakukan aktiviti yang menyenangkan hati anda. Sekaligus tindakan ini boleh membuatkan anda tidak terlampau fokus kepada si dia yang asyik kerja oh kerja. 4. Berfikiran Positif Berfikir positiflah dalam apa jua situasi. Tanamkan dalam fikiran anda bahawa kerja oh kerja yang dia lakukan saat ini adalah semata-mata untuk kesejahteraan hubungan kalian juga. Mungkin si dia bekerja keras kerana ingin berkahwin dengan anda. Siapa tahu bukan? - CARI Infonet
|
9
![]() Bagus |
6
![]() Marah |
6
![]() Terkejut |
18
![]() Sedih |
9
![]() Lawak |
10
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT