CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setahun Tiada Undangan Nyanyian Akibat Kanser, Ibnor Riza Jual 3 Buah Kereta Tampung Rawatan

27-9-2023 10:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2364| Komen: 17

Hampir setahun tidak menerima tawaran pekerjaan, penyanyi Ibnor Riza mendedahkan dia sudah menjual tiga buah kereta miliknya untuk menampung kehidupan harian.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, berkata, dia terpaksa menjual kenderaan tersebut disebabkan tiada lagi punca pendapatan sejak disahkan menghidap kanser limfoma tahun lalu.


Ibnor berterima kasih dengan penganjuran program mStar Baek.

Menurut Ibnor, wang jualan kereta itu bukan hanya digunakan untuk menanggung rawatan kanser tetapi sedbagai perbelanjaan harian dia dan keluarga.

"Sebenarnya sebelum ini saya sudah menjual tiga buah kereta milik saya dan hanya tinggal sebuah kereta untuk saya gunakan.

"Tujuan saya jual kereta itu bukan hanya untuk menampung kos rawatan sahaja tetapi bagi perbelanjaan harian juga.

"Ini disebabkan saya sudah terputus punca pendapatan sejak bulan November lalu... Jadi apa yang ada itulah saya guna bagi menampung kehidupan sekarang," katanya kepada mStar.

Ibnor berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sambutan ulang tahun ke-18 mStar dan pelancaran program mStar Baek yang diadakan di Menara Star, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah ini turut berkongsi tahap kesihatannya kini bertambah baik selepas menjalani sesi kimoterapi di sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, Ibnor menjelaskan dana rawatan yang diperlukan masih belum mencukupi dan sedang berusaha untuk mengumpul wang.

"Setakat ini saya sudah selesai menjalani sesi kemoterapi yang pertama... satu sesi kemoterapi sekitar RM30,000.

"Namun untuk sesi seterusnya, dana rawatan masih lagi belum mencukupi. Cuma apa sahaja yang orang beri sumbangan saya akan kumpulkan untuk menampung kos rawatan seterusnya.

"Saya masih lagi mencari dana kos rawatan... disebabkan itu saya memberitahu kepada orang ramai bagi tujuan sumbangan ikhlas," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ibnor turut terlibat dalam program terbaharu terbitan mStar iaitu mStar Baek yang merupakan sebuah inisiatif bersama penaja Noir Health & Beauty menyantuni golongan artis memerlukan.

Kata Ibnor, dia mengucapkan terima kasih kepada mStar kerana mewujudkan sebuah program yang memberi bantuan buat rakan-rakan industri hiburan yang sedang mengalami kesusahan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-9-2023 10:35 AM
mana kan kos rawatan, heols tanggung dua isteri, sorg kat brunei, pastu heols gigih membeli rumah sampai anak kena tanggung loan, kumpul kereta... memang selayaknya la kena jual...takleh la nak hidup lavish lagi.. heols pun bukan banyak pun lagu hits nak royalti pun... show pun kalau 1-2 jam nak nyanyi lagu apa je.. nak kesian, tapi pilihan masing2 kan.. hadap je lah.
Quote Thunderclouds 27-9-2023 10:58 AM
Edited by Thunderclouds at 28-9-2023 09:15 AM

Semoga dipermudahkn urusan.

Quote cikatilia 27-9-2023 11:12 AM
Thunderclouds: Xmampuuuu...be humble.Pegi.Sepital.Kerajaan.I can't stress this enough!Ko mau crowdfunding buat apaaa...Caj kimo gomen paling² mahal pon 500 ja weiii ...

kan??? aku xpaham.. hina dina sgt ke jejak ke sepital gomen..
kalau dah xmampu tu kena sedo2 la diri tu kan xyah merintih2 xde duit..
kimo kalau buat kat ppum tu baru berapa sgt.. ini dia pi swasta 2 sesi aje dah 30k... jual 2nd hand car dpt la 3-4 sesikalau harga kereta masih tinggi.

Quote prettyuglybabe 27-9-2023 01:29 PM
amboi.. mampu berbini bini, kereta sampai 4 5 tu, banyak la duit..
takkan tak ada simpanan langsung..
plus hospital gomen ada kenapa pilih hospital swasta kalau tau tak mampu..
Quote hareeeesah 27-9-2023 02:54 PM
Cousin iols pn awal-awal pegi opt for gomen sbb insurance biasa la kn benda gini lmbt... Deme ni xbole pikir ke ek? Dh bkn kayangan jgn la byk songeh pastu nk sembang xde show ituuu je la
Quote mamastoney 27-9-2023 03:56 PM
Retis Malaysia mmg tak sedar diri, dah kalo xde duit, gi je la hosp gomen, jijik sangat ke? Ms mendoonia dulu dah ada harta, so mmg ptt jual je la time terdesak dah nak dpt treatment kat private sangat kannn
Quote gideoncross 27-9-2023 10:25 PM
prince_marhaen replied at 27-9-2023 10:35 AM
mana kan kos rawatan, heols tanggung dua isteri, sorg kat brunei, pastu heols gigih membeli rumah sa ...

Aiol slaku Bruneiku terchenta trkjut yg bini heol d Brunei ni bini kdua, ingtkn stu2 nya bini bliau lol.
Quote gideoncross 27-9-2023 10:26 PM
Thunderclouds replied at 27-9-2023 10:58 AM
Xmampuuuu...be humble.
Pegi.Sepital.Kerajaan.
I can't stress this enough!

Ertinya dorg ni x kaya lh
Quote sharlenetexas 27-9-2023 10:32 PM
Thunderclouds replied at 27-9-2023 10:58 AM
Xmampuuuu...be humble.
Pegi.Sepital.Kerajaan.
I can't stress this enough!

Rasanya berita bulan lepas kata dia dah 6x habis chemo kat spital gomen. Tapi tak nmpk sangat kesembuhan.

Quote Thunderclouds 28-9-2023 09:14 AM
sharlenetexas replied at 27-9-2023 10:32 PM
Rasanya berita bulan lepas kata dia dah 6x habis chemo kat spital gomen. Tapi tak nmpk sangat kese ...

Tq atas pencerahan kaka.
Betoi³.
Gomen dh xde menda nk offer kot.
Allahuakbar.
Aku p edit komen.
Quote FlexyFox 28-9-2023 11:37 AM
senang jadi org terkenal ya... bila tak der duit, minta derma dan org pun derma puluh2 ratus2 ribu. Waktu senang, kereta 3, 4 buah...untk apa? bini pun lebih dari satu?
Quote sharlenetexas 28-9-2023 03:49 PM
Thunderclouds replied at 28-9-2023 09:14 AM
Tq atas pencerahan kaka.
Betoi³.
Gomen dh xde menda nk offer kot.

Dia dah 6x chemo kat gomen tapi tak sembuh. Pastu dah xde option kat gomen. Terpaksa pergi swasta.

Quote sharlenetexas 28-9-2023 03:53 PM
Thread sebelum ni.
Semoga Pakcik Ibnor Riza cepat sembuh. Amin.

Selepas menjalani kimoterapi sebanyak enam kali di hospital kerajaan, ia masih belum mampu mematikan sel kanser dalam tubuhnya.


Menurut Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, berkata, dia memerlukan kos rawatan sebanyak RM30,000 untuk melakukan dua lagi sesi kimoterapi di salah sebuah pusat perubatan kanser di Petaling Jaya, Selangor.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... =Ibnor&mobile=2

Quote MatDeghem 28-9-2023 04:25 PM
sib baik binik 2 aje....bayangan kalau binik empat macam saleh yakop. Anak pulak berbelas.


Quote asamfish 28-9-2023 07:42 PM
kenapa pergi private hospital?  govt hospital kan ada...my good friend baru je habis chemo 6 cycles kat spital gomen kat nismilan nun....elok je ...
Quote FlexyFox 30-9-2023 02:37 AM
Edited by FlexyFox at 30-9-2023 02:41 AM
sharlenetexas replied at 28-9-2023 03:53 PM
Thread sebelum ni.
Semoga Pakcik Ibnor Riza cepat sembuh. Amin.

Kut dah chemo  tapi canser tu datang balik atau tak berkesan, dah derang nampak tak de harapan kut? Gomen pun tak sambung la sebab nak tumpu pada pesakit lain yg beri respon positive pd chemo.Derang byk pesakit. Hospital private ni dia tak kisah, selagi kita bayar selagi tu lah di chemonya sampai terbakar habis pun gamaknya kalau dah tak de jln lain dan kalau pesakit nak. hehehe.. kiranya, derang sambung treatment selagi ada nyawa dan boleh bayar. Ibaratnya 'treat' sehingga titisan darah yg terakhir. Chemo ni di mana2 pun sama ja, gomen or private, takkan la alat chemo yg gomen tu tak berfungsi?
Quote FlexyFox 30-9-2023 02:39 AM
MatDeghem replied at 28-9-2023 04:25 PM
sib baik binik 2 aje....bayangan kalau binik empat macam saleh yakop. Anak pulak berbelas.

Bini2 dia kerja tak Mat? Kalau duit tak der, bini ramai semua kerja bagus tu sumber ekonomi tu...hehehe...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064845 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top