Berstatus kepada anak kepada pengamal media berpengaruh Ahirudin Attan, perihal tersebut bukanlah jalan mudah buat Ahirine itu membina nama dengan mudah di persada seni tanah air. Ujarnya, dimarahi untuk memastikan kualiti lakonan menjadi lebih baik adalah perkara yang harus dihadapi, terutama sebagai pendatang baharu sepertinya.
Bukan sahaja beroleh ilmu, teguran pengarah juga mengajarnya menjadi artis lebih cekal dalam dunia seni yang penuh dengan onak duri. Sejak jadi pelakon, ramai pesan supaya ada mental yang kuat, terutama di set penggambaran. Kini saya yang perlu hadap walaupun kena marah di hadapan pelakon lain. “Selalunya saya dimarahi Jason sebab gagal memberi lontaran dialog yang baik, seperti kurang penghayatan dan sekadar habiskan skrip. Namun, saya terima semua teguran dan tiada rasa malu pun dan saya sendiri yang minta supaya kena marah agar tak ulang perkara sama lagi,” ujar si cantik tinggi lampai itu.
Sedar ilmu lakonannya masih cetek, Ahirine juga sanggup menghadiri mana-mana sesi uji bakat demi meraih mertaih tempat dalam karya filem mahupun drama, sekali gus membuktikan dirinya serius untuk melebarkan sayap dalam dunia lakonan.
|
prince_marhaen replied at 27-9-2023 10:29 AM
ale uto lah.... sebab kabel la ko dpt masuk thinker studios walaupun ko sangat bimbo & stiff, pastu ...
cikatilia replied at 27-9-2023 11:14 AM
nahh.. whatever gurl
apak kau pon aku idok kenai..
juruterra replied at 27-9-2023 11:53 AM
apaknya terpaling dgn bini baru...tgk rockybru IG
juruterra replied at 27-9-2023 11:53 AM
apaknya terpaling dgn bini baru...tgk rockybru IG
cikatilia replied at 27-9-2023 12:01 PM
muslim ke they ols?
manjang minum cawan kenit2.. seram plak kite
green~tea replied at 27-9-2023 10:44 AM
Dah le muka jantan.. celah bedah nya ko ada x factor jadi celebrity
ADVERTISEMENT