CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak Lina Minta Undur Diri Dari GV All Stars, Digantikan Dengan Elly Mazlein

27-9-2023 10:10 AM| Diterbitkan: dimagika| Dilihat: 14147| Komen: 122|Original author: dimagika





Setelah mendapat kritikan teruk berhari-hari, hos Gegar Vaganza (GV) All Stars, Elly Mazlein atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan Kak Lina Pom-pom akhirnya mengumumkan keputusan mengundurkan diri sebentar tadi (Rabu 8.30 pagi).

 

Katanya disebabkan sudah membaca komen semua pihak dan tidak mahu membebankan pihak GV sendiri, maka dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

 

“Assalamualaikum semua, Selamat pagi moga kita semua dalam keadaan yang baik-baik ya. Selepas Kak Lina membaca kesemuanya, ya kak lina baca semua komen-komen anda sudah masanya kak lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak, kak lina meletakakn kesemua kesalahan pada diri sendiri.

 

“Niat kak lina untuk menghiburkan, tapi lain pulak jadinya, buat semua orang tak berminat nak tengok GV pulak. Sekali lagi kak lina meletakkn kesalahan pada diri sendiri. Ya Ramai yang mencari rezeki di GV, demi kebaikan smua pihak, kak lina tak akan muncul lagi di GV.




“Minta maaf segala kekhilafan ya kak lina tak bermaksud apa-apa.. memang nak menghiburkan Jaga diri ya semua, TQ diatas segala kemanisan yang kak lina rasa sebelum ni, terima kasih banyak-banyak.

 

“InsyaAllah Elly Mazlein akan mengantikan kak lina di GV nanti. So I'll sign off

Jaga diri smua -Kak Lina Pom Pom,”katanya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan agar Kak Lina sentiasa dipermudahkan rezeki dan terus menerajui GV dengan beberapa perubahan. Ini kerana masih ramai yang mahukan sentuhan magis Kak Lina atau nanti Elly Mazlein yang akan mengacaranya walaupun ternyata orang sama.



Sebelum ini, gandingan Kak Lina, Nabil dan Jihan Muse sebagai Hos GV All Stars mendapat kecaman banyak pihak kerana Kak Lina didakwa menggedik, ketiga-tiga orang bercakap serentak dan tak harmoni. Hal ini kerana gandingan Nabil dan Jihan yang telah sebati mengacarakan GV sebanyak 9 musim.

Jadi, korang semua tahu kan? Kak Lina pom-pom dan Elly Mazlein orang yang sama? Sama-sama kita nantikan perkembangan GV all stars episod ke-2. -CARI

 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 27-9-2023 10:18 AM
propa semuaaa... sampah!!!
Quote Suchi 27-9-2023 10:20 AM
Apa bezanya? Kamu tetap ada kat pentas tu juga tiap minggu
Quote leftenanhensem 27-9-2023 10:21 AM
dia kata yg undur diri Kak Lina pom pom, tp ganti Elly Mazlein. so korg ghaseeeee ader ke idok tuan punya tubuh badan itttewwww next week?
Quote MatDeghem 27-9-2023 10:21 AM


Quote dekmieDandy 27-9-2023 10:39 AM
kau ingat kau yonce nak jadi sasha fierce bagai

tapi iolls support kak lina
Quote sayurmayur88 27-9-2023 10:39 AM
elly mazlein ni versi tak "gila2" mcm kak lina pom2 ke...
Quote bottombikini 27-9-2023 10:41 AM
selagi kamu ada disitu selagi itu maleh nak nengok

Quote fifie_olin 27-9-2023 10:44 AM
ko host biasa2 je la
nk hiburkan pon tgk gak gaya tu
lama2 org meluat gak dikk
Quote noorazurams 27-9-2023 10:53 AM
Gimik je tuuuu
Quote September14 27-9-2023 10:56 AM
Aku rasa sbb dia kena sound dgn tokram kut… jatuh airmuka jgk dgn gaya tokram sound tu… aku x suka sgt org tua tu just pandai music je tp knowledge n adab dia almost 0
Quote kaseh80 27-9-2023 10:57 AM
Gimmick nak up lagi Le tu
Diri sendiri ganti diri sendiri
Dah tak betul ke ?
Mereng much
Quote miss_strangers 27-9-2023 10:57 AM
Tapi x nafi, Lina punya suara sedap...aku rasa dia boleh bagi cabaran utk peserta wanita
Quote fahima80 27-9-2023 11:02 AM
sayurmayur88 replied at 27-9-2023 10:39 AM
elly mazlein ni versi tak "gila2" mcm kak lina pom2 ke...

Fahaman aku camtulah. Elly Mazlein bukan sejenis gila2. Kalau "Lina Kepom" tu adalah watak yang memang gedik dan menggila atas pentas tu. So maksudnya dia akan tone down la tu, takde nak terkinja2 dengan bawak watak Lina Kepom lagi. Jadi diri sendiri yang lebih lemah lembut iaitu Elly Mazlein. Hahahaha
Quote jejaka_hensem 27-9-2023 11:03 AM
Harap Minah Selamat muncul ganti Kak Lina Pompom
Quote fahima80 27-9-2023 11:04 AM
jejaka_hensem replied at 27-9-2023 11:03 AM
Harap Minah Selamat muncul ganti Kak Lina Pompom

Lagi haru kalau Minah Selamat yang muncul. Hahahaha. Dengan tudungnya, bajunya. Aiyoo..hahaha.
Quote jejaka_hensem 27-9-2023 11:05 AM
Suchi replied at 27-9-2023 10:20 AM
Apa bezanya? Kamu tetap ada kat pentas tu juga tiap minggu

Lain sis,elly mazlin tu diri dia sendiri,kak lina pompom tu alter ego dia,
Quote jejaka_hensem 27-9-2023 11:09 AM
fahima80 replied at 27-9-2023 11:04 AM
Lagi haru kalau Minah Selamat yang muncul. Hahahaha. Dengan tudungnya, bajunya. Aiyoo..hahaha.

Credit card dimana2
Bengong kan minah selamat tu.runtuh pentas kalau minah selamat muncul versi slowmo
Quote RoseLuna 27-9-2023 11:11 AM
Elly Mazlein ni more to diri dia yg sebenar kan. Jenis behave & lemah lembut. Kak Lina Pom Pom tu mcm persona dia on stage & social media je. Biasanya dia tergedik2 bila jadi host je. Turun stage dia okay je orangnya. Iols okay je ada kak Lina kat GV. Ada la jugak penyeri. Kalau tak bosan jugak dah 10 tahun tengok Jihan & Nabil asyik buat lawak kurang ajar je. Ada kak Lina fun fun la jugak GV tu cuma kadang dia over
Quote cmf_PariS 27-9-2023 11:12 AM
rehat je gv kak lina amik job lain.. awak tgh lebat tu

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.195519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top