CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gilap Bakat 'Ubi Muda'

27-9-2023 09:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1149| Komen: 1

Pelakon, Rashid Salleh, 51, membuat keputusan pulang ke Sarawak dua tahun lalu bukan kerana merajuk dengan industri lakonan, tetapi mahu berbakti kepada bakat seni di kampung halamannya.

Rashid berkata, dia bersyukur misinya itu membuatkan hasil apabila perlahan-lahan membuka jalan menaikkan nama bakat tempatan di sana sebagai pengarah.



"Saya balik dua tahun lalu. Bukan saja nak mencari rezeki, tapi pada umur sekarang saya balik untuk mencari bakat dan berkongsi ilmu. Saya pun sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan.

"Kami di Sabah dan Sarawak ada ramai bakat, tapi tiada pengalaman serta pendedahan. Tahun lalu, saya banyak bekerja dengan TVS sebagai pengarah untuk empat produksi. Dua sitkom, satu program majalah dan satu telefilem.

"Dari situ saya dapat bekerja dengan pelakon dan kru dari Sarawak. Kebanyakan yang bekerja dengan saya itu sudah naik (nama) sedikit dan ada pengalaman," katanya pada pratonton filem Fanna di Dadi Pavilion, di sini, baru-baru ini.


Pelakon sitkom Kopitiam itu akui Sabah dan Sarawak dikenali ramai penyanyi bagus. Tapi, sebenarnya pelakon pun ramai khasnya pelakon teater lama, tapi tiada pendedahan.


"Jadi, saya serap mereka dalam produksi telefilem saya. Bila pelakon 'otai' saja sering diketepikan maka saya bagi mereka peluang. Saya juga mengajar pelakon muda di Sarawak," katanya.

Rashid juga berharap dapat membawa pelakon baharu baik dari Borneo mahupun Semenanjung sendiri ke pentas antarabangsa sebagaimana negara Asia lain.

"Saya nak beri peluang dan tingkatkan keyakinan mereka bahawa boleh berlakon ke luar negara. Sebab bukti sudah ada. Korea, Indonesia dan Jepun sudah buat. Kenapa Malaysia tak boleh?" katanya.

Rashid turut mendedahkan pembabitan dalam Fanna arahan Andy Weng Sum Liew tidak disengajakan.

"Sebenarnya saya cuma uruskan dua pelakon iaitu Colleen dan Charles. Ketika ditawarkan, saya sudah berusaha menolak, tapi akhirnya terbabit juga," katanya.

Kali terakhir Rashid berlakon filem arus perdana adalah untuk Waris Jari Hantu pada 2007. Dia turut menjayakan watak kecil dalam filem Sangkar pada 2019.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 27-9-2023 05:46 PM
Sarawakian rupanya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.149375 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top