Tracie Sinidol tertekan menjayakan watak Nuha dalam drama Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta, TV3. Dia buntu apabila pengarah tidak puas hati dengan lakonannya. “Saya sangat-sangat stress sebenarnya, kadang-kadang saya bila datang set penggambaran, pengarah tak mahu apa yang yang saya buat, dia cakap ‘saya bukan dalam karakter Nuha, saya masih karakter Tracie’. “Saya stress, apa lagi yang kurang, karakter Nuha itu macam mana? Saya juga dah tonton drama asal, tapi pengarah masih tak berpuas hati. “Balik sahaja rumah, saya buat penambahbaikan, belajar buat ekspresi muka, dialog, tanya pengarah sendiri. Kemudian baru saya dapat karakter yang pengarah mahukan,” ujarnya ketika ditemui XTRA.
Membawa watak yang sarat dengan emosi, Tracie akui bukan mudah baginya untuk menjiwai karakter tersebut namun tidak mudah mengalah demi menghiburkan penonton. “Kalau ada babak yang perlu saya menangis, awal-awal saya datang set saya akan ‘mellow’. Sebab saya nak ambil mood.
“Sebab karakter Nuha ini agak mencabar, ia sangat emotional, banyak babak menangis dan terluka. Jadi saya perlu dapatkan emosi itu. “Give up itu tak ada sangat tapi ‘breakdown’ itu semestinya ada lah, sebab bila saya dah set untuk shoot beberapa episod, apa yang saya sudah start, saya perlu finish. “Itu mind set saya. No give up for me,” katanya optimis.
Disoal apakah tidak sukar baginya untuk bertutur dengan loghat bahasa semenanjung, Tracie mengangguk mengiyakan perkara tersebut. “A bit hard for me! Ketika saya datang set pada hari pertama, slang Sabah saya sangat pekat. Saya cakap pada diri ‘tak boleh’ macam ni. Perlu kurangkan slang itu. “Saya juga kurang kawan, tapi bila datang set saya cakap dengan semua kru-kru yang ada. Jadi setiap hari saya akan cakap semenanjung, lama-lama ia bertambah baik juga dalam lakonan.
“Pelakon lain juga nampak perubahan itu, mereka cakap teruskan belajar. Saya juga baru berpindah ke semenanjung selama 1 tahun, tapi masih belajar lebih kurang 5 bulan,” ujarnya. Drama Luruhnya Bunga Cinta sudah mula bersiaran di slot Alasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam adalah adaptasi daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart.
Drama bersiri 20 episod itu turut dibintangi oleh Redza Rosli yang menjayakan watak Nuh, Tracie Sinidol (Nuha), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Anwar) dan ramai lagi. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|