Walaupun berdekad berkelana di Perancis serta menjelajah ke serata benua Eropah, alunan seleksi lagu malar segar penghibur Malaysia bertaraf antarabangsa Datuk Shake tetap menjadi siulan peminat muzik tanah air.
Menyedari peminat menanti kemunculan penyanyi lagu Pulanglah beraksi di Malaysia, InTour Live Events bakal merealisasikan Konsert Datuk Shake Zepp KL pada 16 Disember depan. Konsert ini akan membawa penonton melewati terowong masa yang sarat warna dengan menyajikan repertoire popularnya dari era 1970-an sehingga 1990-an. Bagi Shake atau nama sebenarnya, Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad Bahwere, kepulangan menyantuni penggemar di bumi kelahiran tercinta adalah impian yang diidamkan sejak tahun 2020. Bagaimanapun, segala hasrat seniman legenda yang lebih 40 tahun menabur bakat di arena muzik tertunda berikutan serangan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Susulan itu, sebaik lamaran untuk mengadakan persembahan mega di Kuala Lumpur diajukan, Shake, 73, tidak mengambil masa panjang untuk memberikan persetujuan atas rasa rindu terutama selepas sekian lama bermastautin di Paris. “Janji pasti ditepati untuk peminat. Pada tahun 2020, saya merancang mengadakan jelajah seluruh Malaysia dan Asia, malangnya pandemik merosakkan rancangan semua orang termasuk saya. “Kami memutuskan untuk bergerak dengan pertolongan dan kasih sayang Allah serta orang ramai, sekaligus membuatkan saya teruja mahu bertemu peminat. “Sudah pasti sekian lama tidak beraksi di tanah air menyuntik adrenalin, apatah lagi saya difahamkan Zepp KL antara pentas terbaik di Malaysia,” katanya. Biarpun sebelum ini sesekali pulang ke Malaysia memenuhi undangan untuk acara tertutup, perasaan menghiburkan khalayak di sebuah gelanggang gah sesuatu yang diimpikan. Sementara itu, InTour Live Events menyifatkan Konsert Datuk Shake Zepp KL sebagai gelanggang perhimpunan penyokong tegar serta kelompok peminat baharu penghibur prolifik itu. Bersama portfolio hebat, nama serta karya malar segar seperti Umi dan Anugerah Dari Kegagalan, selain seleksi terkininya termasuk Chameleon, Shake tidak memerlukan pengenalan yang panjang. “Semua pilihan terbaik dalam kerjaya muziknya akan dipersembahkan pada malam itu nanti termasuk lagu Melayu, Inggeris dan Perancis. “Kami teruja mempersembahkan aksi mega ini yang bukan saja menggamit nostalgia termasuk deretan lagu ikonik seperti You Know I love you “tu sais jet’aime,” katanya. Menyingkap latar belakang penyanyi Asia pertama yang menyanyi dalam bahasa Perancis bermula sekitar 1976, sudah pasti menyerlahkan kredibilitinya selaku penghibur versatil. Pada tahun 1983 pula, beliau membuat rakaman pertama dalam bahasa Melayu seterusnya dikenali dengan nama Datuk Shake yang kini menjadi satu jenama. Bagi tempahan tempat yang bermula pada harga RM358 hingga , tiket mula dijual mulai 3 Oktober 2023 menerusi www.ticketcharge.com. Sumber: HibGlam |
bbasir replied at 27-9-2023 08:56 AM
curious la sape je pegi tgk concert dia nt hahaha
anilanil replied at 27-9-2023 07:13 PM
Peminat atok goyang ramai yg da kembali. Yg masih ada pon byk isu kesihatan, byk beramal ibadah. Har ...
anilanil replied at 27-9-2023 07:13 PM
Peminat atok goyang ramai yg da kembali. Yg masih ada pon byk isu kesihatan, byk beramal ibadah. Har ...
ADVERTISEMENT