Pelakon, pengacara dan pelawak, Jiggy, 34, menghormati pesanan isterinya yang juga atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 24, agar sentiasa menjaga diri dengan baik sepanjang ketiadaannya yang sering ke luar negara.
Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri berkata, dia menganggap pesanan diberikan isterinya itu sebagai peringatan biasa dan tidak menjurus ke arah meragui kesetiaan dirinya apabila mereka berjauhan. "Sekarang, Dhabitah bimbang juga terhadap saya kerana dia selalu berpesan agar menjaga diri dengan baik. Pesanan itu bukan sebab dia anggap saya tidak baik atau orang sekeliling yang tidak baik, tapi sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati. "Sebab, benda kalau nak jadi kita tak tahu. Macam kes-kes (rumah tangga) sekarang ini banyak yang kita tengok orang yang tak disangka-sangka terbabit. Itu yang sedikit-sebanyak timbul kebimbangan kepadanya," katanya kepada Harian Metro.
Jiggy berkata, selama lima bulan mereka sudah bergelar suami isteri, dia sangat menyenangi sikap Dhabitah yang matang, berterus-terang dan sangat berusaha memperbaiki diri ke arah kebaikan. "Banyak yang Dhabitah membuka mata saya terutama membabitkan pengetahuan agama. Dia banyak bertanya dengan saya berkaitan ilmu keagamaan yang membuatkan saya kagum dengan dirinya. "Dia ada kesungguhan nak tahu apa yang dia tak tahu mengenai ilmu agama. Termasuk, dia juga sering mengajak saya mengikuti kelas mengaji al-Quran yang menjadikan saya teruja melakukannya bersama," katanya. Jiggy berkata, perbezaan usia 10 tahun antara mereka juga menyebabkan dia mahu memberi ruang kepada Dhabitah mengejar impian dalam karier sukan sebagai penerjun negara. Jiggy bernikah dengan Dhabitah pada 28 April lalu dalam majlis tertutup yang berlangsung di kediaman wanita itu dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Sebelum ini, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Elly Ariffin pada 9 September 2016. Namun, jodoh mereka terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT