Ramai pihak termasuk rakan terdekat yang mempertikaikan pembabitan Ezad Lazim dalam program All Stars Gegar Vaganza (All Stars GV) Namun Ezad menjelaskan keputusan yang dibuat dan mengatakan dia masih perlu mencabar diri dan tidak berada pada zon selesa.
"Ada kawan-kawan rapat yang mempersoalkan kenapa masih nak masuk pertandingan nyanyian sedangkan saya sudah mencapai tahap penyanyi 'legend'. "Saya tak nafikan kedudukan saya ketika ini agak selesa memandangkan masih menerima undangan nyanyian dan peluang mengadakan konsert masih ada tapi saya suka mencabar diri. "Bila terlampau selesa saya rasa tak seronok. Saya pun dah lama tak masuk pertandingan. Lagipun, saya suka konsep GV. Saya berpeluang menyanyikan lagu penyanyi lain. Saya jarang dapat peluang itu ketika buat persembahan di luar," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ezad, kehadirannya dalam program All Stars GV tidak diketahui anggota kumpulan Exists yang kini sedang sibuk membuat latihan untuk konsert berskala besar penghujung tahun ini. "Saya tak beritahu mereka mengenai keputusan menyertai program ini. Mereka ada bertanya mengenai jadual saya untuk beberapa jemputan persembahan tapi ketika itu, saya tak boleh bagi kata putus. "Saya akui akan berdepan sedikit kekangan untuk sesi latihan bersama Exists. Pada bulan Disember nanti, kami akan ada konsert besar-besaran hampir setiap minggu. "Walaupun program ini tamat sebelum konsert Exists tapi kalau saya bertahan sehingga ke final, saya akan penat sedikit. "Insya-Allah saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Saya hanya mengikut aturan Allah SWT. Kalau Allah izinkan dan berikan rezeki, saya percaya tiada yang mustahil," katanya. Terdahulu, Ezad diumumkan antara enam peserta hot seats yang berjaya menyertai All Stars GV dan akan bersaing dengan 10 juara GV terdahulu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
one_aiman replied at 26-9-2023 05:15 PM
legend la..korang lagi banyak dengar lagu exists berkumandang kat radio masa dgn ezad berbanding mas ...
one_aiman replied at 26-9-2023 05:15 PM
legend la..korang lagi banyak dengar lagu exists berkumandang kat radio masa dgn ezad berbanding mas ...
ADVERTISEMENT