CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Azman Dan Peguam Tidak Hadir Mahkamah, 4 Oktober Sebutan Semula Kes

26-9-2023 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7951| Komen: 33

Kes amang seksual  melibatkan PU Azman ditangguhkan ke 4 Oktober selepas pendakwah selebriti itu dan peguamnya tidak hadir pada sebutan kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Semasa prosiding, mahkamah dimaklumkan, pihaknya ada menghubungi peguam tertuduh termasuk beberapa kali, namun tiada jawapan.


Berikutan ketidakhadiran PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 43, dan peguamnya, pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah memberikan satu tarikh baharu bagi sebutan semula kes.



Foto: IG

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memaklumkan empat pertuduhan seksual yang dihadapi tertuduh di Mahkamah Klang telah dipindahkan ke mahkamah ini pada 4 September lalu.

“Justeru kami memohon satu tarikh baharu bagi sebutan semula kes termasuk kehadiran pihak-pihak,” kata Nurfadzlin ketika prosiding di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.


Pada 7 Januari lalu, PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, atas tiga pertuduhan amang seksual.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun tahun lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan ketiga, Azman Syah yang masih bujang itu juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Perbuatan itu antara pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu. Ini melibatkan dua mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Dalam pada itu di Mahkamah Majistret Klang, iaitu bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun tahun lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Kemudian pada 21 Disember tahun sama, Azman Syah didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini (Ampang) atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 22 Julai tahun lalu dalam sebuah bilik di sebuah resort di Hulu Langat di sini.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sehari selepas itu, pada 22 Disember tertuduh juga turut didakwa atas dua lagi pertuduhan kesalahan sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Selain kes amang seksual di Mahkamah Klang, Shah Alam dan Ampang, untuk rekod, tertuduh sedang menjalani perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan bagi lima pertuduhan sama. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruno_sakura 26-9-2023 02:10 PM
haih bila lah nk abis kes dia ni asik bertangguh je????
Quote brown_pupil 26-9-2023 02:25 PM
Drag lama2 sampai yg menuduh tu tarik balik.. bazir duit, bazir masa.
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 02:26 PM
Pencetus Ummah ni tak habis-habis nak mencetuskan kemarahan ummah!
Quote kalchi 26-9-2023 02:29 PM
Muka PU ni mcm menyimpan sejuta mslh. Muka takda sinat
Quote noorazurams 26-9-2023 02:31 PM
Sayu je tengok muka PU Azman nihhh.
Quote prince_marhaen 26-9-2023 02:37 PM
CIKMANNN NAK MANDI NIIIIIIIIIIIII~~~~~~ CIKMAN MERAJUK NANTI~~ CIKMAN NAK JUGAK ADA ORANG SAYANG CIKMANNN~~~~ ahahahahahahaha babi lah nonok tua ni ....



Quote bbasir 26-9-2023 02:41 PM
dia ni nmpk sgt kegayahannya...
Quote honeystar_11 26-9-2023 02:50 PM
Byk nya mahkamah. Sampai 4 tempat ada pertuduhan
Quote beni_nikaido 26-9-2023 03:05 PM
hmmmm.... Beni suka dia ni. selalu dengar tiap pagi Jumaat kat radio Suria.
Soal jawab dia pun santai dan jelas.
tapi tu la....buat hal pulak.
Cik Man ni nampak jugak dia turun naik mahkamah tapi napa Ebit punye kes sunyi sepi je?
Quote watymuchaz 26-9-2023 03:05 PM
Ttp pentaksub kata pitenah wlpn sana sini ada kes.
Quote kakakgarang 26-9-2023 03:33 PM
heolls mmg boleh hidu pelangi..
Quote Burong_Hantuk 26-9-2023 04:01 PM
jantan keparat !!!
Quote irvene 26-9-2023 04:04 PM
syg seribu kali syg. keje dh bagus tapi attitude ke kelaut. aku suka dgn dia ni dulu. best bagi ceramah
Quote mizruncing 26-9-2023 04:38 PM
aku x blh move on lagi kes dia ni. punya laa dah elok berdakwah. tak sangka ada dark side dia.. mcm tak percaya. tp tu lahh bila dah ada kat atas mcm tu laa
Quote laksmanabentan 26-9-2023 04:38 PM
Summary:
Mahkamah Klang   - 4 pertuduhan
Mahkamah Ampang  - 1 pertuduhan
Mahkamah Shah Alam  - 2 pertuduhan
Mahkamah Seremban   - 5 pertuduhan

banyak juga yaa..... tak tahu ler camna nak komen.... kalau 1-2 pertuduhan, maybe tak betul sgt la kannn...

Quote Galgadot22 26-9-2023 05:24 PM
Dia ni nampak gayahnya. Kes sentiasa berjalan.
Yg seorg lg tu x naik naik kes nya
Quote tumpanglalu74 26-9-2023 08:42 PM
Haramzadah..  Taratulur.
Quote Ayda89 26-9-2023 09:07 PM
Takde rasa tanggungjawab ke orang dah call panggil datang,bagi tarikh. Kalau yer pun wakilkan la lawyer ko tu dah bayar kannn. Bagi la alasan tak sihat ke apa ni dgn lawyer2 ko haukkk
Quote gideoncross 27-9-2023 01:37 PM
kakakgarang replied at 26-9-2023 03:33 PM
heolls mmg boleh hidu pelangi..

Kat Twitter, ada juga yg komen x sngka dia ni ummah votem.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.046794 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top