Datuk Aishah mengakui tidak berpuas hati dengan persembahannya di konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung pada Ahad. Katanya terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti supaya dia tidak melakukan kesilapan sama untuk konsert kedua minggu hadapan.
“Week 1 done and I didn't do well at all...I won't make excuses. “Ada beberapa perkara yang saya kena teliti, saya ini bukannya orang yang teknikal jadi kena rujuk kepada yang lebih arif. “Mana tahu boleh memperbaiki persembahan saya. Kena tingkatkan usaha itu saja yang saya boleh buat,” katanya di Instagram.
Pada malam tersebut, Aishah menyampaikan lagu berjudul Gemilang nyanyian adal juara GV9 iaitu Jaclyn Victor. Bagaimanapun untuk persembahan minggu pertama, Aishah menduduki tangga ke 15 iaitu kedua terakhir dengan peratusan markah sebanyak 51.25%.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9). Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim. All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. -CARI Sumber: Gempak
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|