Siti Khadijah Halim sentiasa mengelakkan diri daripada cinta lokasi namun percaya bahawa jodoh adalah ketentuan Allah SWT. “Saya tak boleh berkata lebih jodoh, rezeki dan ajal ditangan Tuhan, siapalah saya untuk tentukan saya bercinta dengan siapa? Berkahwin dengan siapa?
“Dan saya tak nak bercakap lebih ‘saya takkan jatuh cinta dekat set… last-last saya kahwin dengan pelakon mana-mana’. Saya tak boleh juga ‘saya ikut je dengan mana-mana tiba-tiba saya kahwin dengan mana-mana’,” katanya seeperti dipetik di XTRA. Malah, dia juga perlu lebih berjaga-jaga dalam pertuturan kerana risau kata-katanya akan memakan diri kelak.
Kongsi Siti, dia lebih gemar apabila dirinya di ‘friendzone’ ketika berada di set penggambaran dan dia mendedahkan bahawa dirinya turut pernah didekati seseorang. “Sekarang ini saya memilih untuk berhati-hati dalam bertutur, tak nak salah cakap dan saya lagi suka bila di ‘friendzone’ dekat set. Saya lagi suka macam itulah."
Tambahnya, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini menegaskan bahawa dia enggan menjadi perosak hubungan seseorang atau orang ketiga kerana memahami perasaan seorang wanita. “Saya tak nak lah macam. Kadang-kadang saya tak nak menghancurkan hubungan dia ke apa. Saya tak nak jadi orang ketiga sebab saya faham perasaan perempuan so saya tak nak melebih-lebih,” tuturnya lagi.-CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|