CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweetnya Imran Aqil, Buat Lagu Untuk Isteri "Lagu Ini Adalah Curahan Hati Buat Dahlia Sebelum Kami Berkahwin"

26-9-2023 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2592| Komen: 25

Sebagai satu tanda penghargaan,Imran Aqil tampil menghasilkan sebuah lagu baharu berjudul Bunga Dahlia khas buat isterinya, Dahlia Rizal.

Bukan hanya terlibat dalam penulisan lirik, Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, turut merakamkan puisi istimewa buat Dahlia.


Foto: IG

"Lagu ini adalah curahan hati buat Dahlia sebelum kami berkahwin.

"Sekarang kami sudah menjadi pasangan suami isteri dan setiap lirik dalam lagu ini menjadi semakin bermakna buat kami berdua," katanya seperti dipetik di mStar.



Lagu tersebut merupakan nyanyian dan juga ciptaan bersama Aiman Sidek.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Imran turut membuat naik video dia membuat kejutan buat Dahlia yang pertama kali mendengarnya.

"Saya buatkan lagu untuk untuk dia (Dahlia). Satu perkara yang saya impikan adalah untuk memiliki lagu khas buat isteri," ujarnya.



Imran dan Dahlia atau Nur Dahlia Ahmad Rizal, 22, bernikah pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun bertunang.

Lagu tersebut diterbitkan oleh 4U Entertainment dan mula dilancarkan pada 24 September.



Bercakap tentang penghasilan karya ini, Penerbit Eksekutif iaitu Meor Alfaizal dan Raja Azraff memberitahu pihak mereka mula bekerjasama dengan Imran sebulan selepas dia bertunang pada 21 Ogos tahun lalu.

"Selepas Imran bertunang tahun lalu kami sudah mengadakan perbincangan untuk membuat kejutan sempena hari pernikahan.



"Syukur semua berjalan lancar," jelas wakil mereka.

Pihak 4U Entertainment juga membuka peluang buat mana-mana pasangan yang ingin berkahwin untuk menghasilkan lagu baharu sempena hari bahagia mereka. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 26-9-2023 09:17 AM
weekend lepas meols nampak cikki ni laki bini kat matic...... tepong gomak ye mekap tebal macam celop tepong tengah-tengah hari rembang panas terik tu... meols tak kenal, kawan meols la kata budak tiktok baru kawin... laki she so kudut ye real life, muka lobang2... so....gambar2 theyols filter berapa ratus lapis ntah...
Quote neve4881 26-9-2023 09:21 AM
prince_marhaen replied at 26-9-2023 09:17 AM
weekend lepas meols nampak cikki ni laki bini kat matic...... tepong gomak ye mekap tebal macam celo ...

Meols setuju dgn statement yinnihhh
Quote orkid_amani 26-9-2023 09:32 AM
Bininya tu kuat bettooiii vibe tiru sorg pelakon dari kola kangsa tuu..apa unaya ka namanya
Quote jejaka_hensem 26-9-2023 09:37 AM
prince_marhaen replied at 26-9-2023 09:17 AM
weekend lepas meols nampak cikki ni laki bini kat matic...... tepong gomak ye mekap tebal macam celo ...

Kudut tu apa uols?
Quote jejaka_hensem 26-9-2023 09:38 AM
Vibe makcik2 sangat sheols ni,
Quote mzsnam 26-9-2023 09:40 AM
Semoga baik  baik sahaja kehidupan masing masing
Quote Meawket 26-9-2023 09:44 AM
so????????????????????????????????????????????????
Quote Masukkeluar 26-9-2023 09:46 AM
prince_marhaen replied at 26-9-2023 09:17 AM
weekend lepas meols nampak cikki ni laki bini kat matic...... tepong gomak ye mekap tebal macam celo ...

aku xknl 2 org ni tp asyik lalu lalang kt tiktok dan ig. so aku stalk la depa..2-2 xde apa yg special pn. Bbnu..lagi plak si laki..dgn kurus kering kerempeng..heran mcm mn netizen jadikan depa idola. lgsung xde vibes hot couple. perasan je lebih
Quote Kancilkering 26-9-2023 09:46 AM
kentut tgh wangi…gitu le

harap dia dua org ni x termasuk couple lapar perhatian…
tapi rasa klau dh instafemes retis…kna lah lapar  perhatian x leh cari makan pula…
Quote I.K.A888990 26-9-2023 09:47 AM
ya ampun budak pompuan ni ku mati2 ingat tua dr somi dia.....tebal giler makeup kdg tgk muka mcm ex bini fizo omar pulak
Quote Masukkeluar 26-9-2023 09:55 AM
si dahlia ni mcm jakun dpt laki. pdhl si laki tu tsgt la biasa. lgsung xpdn dgn dia. dh la xde keje tetap pn stkt dj radio mcm mn la ko nk sara di bini ko yg bermakeup tebal tu. typical cinta bbnu sgt. jgn lingkup tgh jln dh la.
Quote kun_tum 26-9-2023 10:00 AM
iols xleh blah betoi dgn bbnu dok acah2 kawen awal tunjuk suwit muwit pastu baca plak komen gatai2 nak kawen. hampa ingat senang kawen !!!
Quote chocobozhere 26-9-2023 10:03 AM
Cringe betul laki bini ni.. Aku tak leh nak follow. Hahah... Tp dahlia mmg lawa.. Rasanya tak mekap tebal lagi lawa.. Asben biasher biasher je...
Quote Robitadotcom 26-9-2023 01:33 PM
prince_marhaen replied at 26-9-2023 09:17 AM
weekend lepas meols nampak cikki ni laki bini kat matic...... tepong gomak ye mekap tebal macam celo ...

siyes ke uols? sbb haritu ada baca kononnya kulit perempuan ni tkde cela bak kata MUA dia. tkde cela pn tepung gomak ek tebal dia.
Quote Robitadotcom 26-9-2023 01:35 PM
lah baru 22.. hm muka matang tk padan dengan usia
Quote prince_marhaen 26-9-2023 01:41 PM
Robitadotcom replied at 26-9-2023 01:33 PM
siyes ke uols? sbb haritu ada baca kononnya kulit perempuan ni tkde cela bak kata MUA dia. tkde ce ...

ntah la..meols tgok depan2 mekap tebal gila sampai macam nak berkerak, semuanya matte, kering... tak nmpk glowing pun... maybe tebal sangat kot mekap... and badan sheols gadang ye jenis rangka besar jugak... so, di mata meols memang nampak typical bebudak pompuan ootd je ni..


Quote solarlunar 26-9-2023 01:44 PM
Masukkeluar replied at 26-9-2023 09:55 AM
si dahlia ni mcm jakun dpt laki. pdhl si laki tu tsgt la biasa. lgsung xpdn dgn dia. dh la xde keje  ...

Boleh jd mcm sorang tu. Isteri sibuk keje. Laki sibuk edit gmbr buat video bodoh2 kt IG.
Quote pembacagosip 26-9-2023 02:07 PM

kurus kering u
Quote jejaka_hensem 26-9-2023 02:11 PM
pembacagosip replied at 26-9-2023 02:07 PM
kurus kering u

Tq,iols first time dgr perkataan tu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.112383 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top