CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Tak Nak Pakai Rambut Palsu, Macam Tipu Diri Sendiri, "Botak Rasa Menawan Macam Vin Diesel

25-9-2023 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4294| Komen: 30

Chef Wan, 65, yang kini menghidap kanser limfoma menyifatkan penampilannya yang kini botak sebagai menawan sama seperti dua selebriti Hollywood, Vin Diesel dan The Rock.

Di Instagram, Chef Wan meluahkan dia tidak mahu menipu diri dengan memakai rambut palsu semata-mata untuk dilihat gembira dan mampu tersenyum ceria.


Foto: IG

"Apabila saya melihat foto dua selebriti Hollywood terkenal ( Vin Diesel dan The Rock) yang berimej botak itu, saya fikir okaylah kalau botak pun. Mereka tetap kelihatan menawan.

"Malah, saya berasa seperti menipu diri sekiranya memakai rambut palsu seperti malam tadi hanya untuk mengukir sebuah senyuman di wajah," tulisnya.



Tambahnya dia sebenarnya yakin saja berjalan ke sana sini dengan imej botak itu tanpa perlu memikirkan tanggapan orang lain terhadapnya.

"Apa yang pasti doktor memaklumkan keputusan pemeriksaan darah saya berada pada tahap okay dan dibenarkan balik ke rumah sejak kelmarin selepas selesai rawatan kemoterapi yang kelima.

"Saya boleh makan seperti biasa, apa saja makanan yang diinginkan, perlu mendapat rehat yang cukup dan sentiasa rajin bersenam untuk membina tenaga dan kekuatan dalaman diri menjadi lebih bersemangat," katanya.


Rata-rata netizen yang mengikutinya di Instagram meninggalkan komen-komen pembakar semangat untuk Chef Wan berjuang melawan kanser limfoma yang difahamkan tahap dua itu.

Pada 3 Ogos lalu, Chef Wan membuat perkongsian di Instagram mengenai keadaan kesihatannya yang disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).


Dalam hantaran dibuat berkenaan, beliau juga memaklumkan dirinya perlu menjalankan rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Chef Wan tidak berjaya apabila kiriman mesej kepadanya tidak dibalas. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 25-9-2023 06:15 PM
ni ke punca kaka duda tak sempat berporum.. tgh fefeeling the rock
Quote nolya 25-9-2023 08:37 PM
Alhamdulillah, semoga diberi kesembuhan seterusnya. Semoga Chef Wan bersabar menghadapi penyakit yg diberi dn sentiasa berdoa agar disembuhkan.  Selamat CW.
Quote Purplehaz 25-9-2023 08:38 PM
...bila tgok cep 1..teringat kaka dud...
rindu Komen2 dia kat artis.
Quote faraway1 25-9-2023 08:54 PM
Cam mendiang mak mentua..

Tapi tetap cantik bergaya walaupun rambut takda.

Masa meninggal open casket pun no rambut..seperti permintaan mendiang.
Quote jas7512 25-9-2023 08:56 PM
I ada soft spot kat chef wan..moga bahagia dan gembira chef dunia akhirat..walau mulutmu laser tapi xde sensitif amat mcm si.adu tu
Quote Sesuatu… 25-9-2023 10:04 PM
Happy je chef. Moga cepat sembuh
Quote Mizlyn 25-9-2023 10:11 PM
Positive chef one dgn masalah sakit he.. Semoga cepat sembuh..
Quote albedah 25-9-2023 11:15 PM
Bukan dia sengaja botakkan locon ke?
Quote Moyangkucing 26-9-2023 12:39 AM
Stay positive chef. N get well soon.
Quote TerataiMelur02 26-9-2023 12:48 AM
_blackbird replied at 25-9-2023 06:15 PM
ni ke punca kaka duda tak sempat berporum.. tgh fefeeling the rock

La.. kaka duda tu chef wan ke?
Quote mojarean_X 26-9-2023 12:50 AM
Purplehaz replied at 25-9-2023 08:38 PM
...bila tgok cep 1..teringat kaka dud...
rindu Komen2 dia kat artis.

Mana kaka dud?
Quote noor2 26-9-2023 04:52 AM
Laki aku pun botak licin tp ada jambang dan misai yang  kemas rapi...hensem apa lelaki botak ..tp lelaki tinggi jela sesuai botak baru nampak hensem ..I liokeee..kat laki aku la..
Quote noor2 26-9-2023 04:56 AM
TerataiMelur02 replied at 26-9-2023 12:48 AM
La.. kaka duda tu chef wan ke?

Merepek dan x logik duda tu chefwan...
Quote stingergrumpy 26-9-2023 05:54 AM
noor2 replied at 26-9-2023 04:52 AM
Laki aku pun botak licin tp ada jambang dan misai yang  kemas rapi...hensem apa lelaki botak ..tp le ...

Ko Pernah ever TER MISTAKEN kepala atas dgn kepala bawah tak?

#tanyaje
Quote stingergrumpy 26-9-2023 05:57 AM
faraway1 replied at 25-9-2023 08:54 PM
Cam mendiang mak mentua..

Tapi tetap cantik bergaya walaupun rambut takda.

Ko bila lagi?

Kalo berhijab satu bebanan yg besar sangat utk ko...shave je ler...

Gitewww
Quote TomyamPuteh 26-9-2023 06:31 AM
Chep Wan sindir Datuk DJ Dave ke?
Quote shernazz 26-9-2023 07:10 AM
Kadang2 Bukan nak tipu dirinsundiri
Ada yang keyakinannya kurang bila lepas kemo neh...
Tu.pasal doc2 kat ikn cakap gi kemo tu think positive..MCM pergi travel
Mmg iya..ada yang pergi berpesen2..
Quote kakakgarang 26-9-2023 09:05 AM
Sian heolls.. moga cep sihat ye
Quote KamikuP 26-9-2023 09:15 AM
Moga cepat sembuh cep one yaach

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.044685 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top