CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Sibuk Memasak, Anak Usia Setahun Lemas Dalam Parit

25-9-2023 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2649| Komen: 5

BIMA: Seorang kanak-kanak di Sanggar, Bima, Nusa Tenggara Barat mati lemas selepas terjatuh dalam parit besar.

Mangsa  dikenali sebagai Haikal berusia setahun dipercayai terjatuh dan tenggelam di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya.


Ketua Kampung Taloko, Kasim Jae berkata, kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut bermain sendirian semasa ibu dan ibu saudaranya sibuk memasak di dapur.

Gambar Hiasan

“Ibunya menyedari mangsa tiada di tempat dia bermain, namun menyangka anaknya bermain dengan ahli keluarga yang lain.

“Namun, selepas seketika, ibu mangsa menyedari anaknya tidak pulang dan mula berasa bimbang.

“Ibu mangsa bersama keluarga dan penduduk kampung mula mencari di mana Haikal sebelum menemukan kanak-kanak itu terapung dalam parit,” katanya.

Haikal kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia. -CARI


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 27-9-2023 08:55 AM
dah ajalll

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034586 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top