CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Keluar Seorang, Control Satu Pentas,"- Datuk Ramli MS Jadikan Naqiu Sebagai KPI

25-9-2023 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8459| Komen: 40

Datuk Ramli MS meletakkan persembahan konsert minggu pertama yang dibawa oleh Naqiu sebagai penanda aras buat bintang GV lain.

Juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10) itu berkata kualiti persembahan dan kredibiliti seperti Naqiu itulah yang sepatutnya dipersembahkan di pentas GV10.


Foto: IG

“Jika anda melihat pada Naqiu… Dia keluar seorang sahaja dan kontrol satu pentas. Dia memang ada stage present tu, karisma.

“Dengan cara dia menyanyi, seorang sahaja tapi dia mampu mengawal semuanya. Versi dia menyanyikan lagu Jac ini sangat-sangat berlainan.

“Energinya sangat tinggi, ini yang saya mahukan dalam GV10, memang saya cakap ini adalah KPI,” katanya kepada Gempak.


Bagaimanapun Ramli tidak menolak sekiranya selepas ini Naqiu mungkin berdepan dengan tekanan kerana bintang lain bakal memberikan persembahan lebih baik untuk melintasi penanda aras yang diberikan.

“Tapi selepas ini memang dia ada sedikit beban, apa yang dia akan lakukan selepas ini? Sebab KPI dia sudah diletakkan sebagai penanda aras yang tinggi.

“Saya percaya mereka yang lain juga akan bangkit dan mengejar. Jadi itu akan memberikan sedikit beban pada Naqiu. Tapi saya suka sebab akan ada cabaran di situ,” katanya.


All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 25-9-2023 05:36 PM
Kpi yg macam mana tok ram cakap ni
Quote September14 25-9-2023 05:49 PM
Kenapa letak gambar roslan shah
Quote zamzam 25-9-2023 05:55 PM
Keep it up NaQ. You are the best.
Quote VespaSilbe 25-9-2023 06:36 PM
I is setuju dengan tok ram.. hat lain cam tgk hiburan minggu ini jer
Quote kaedahnya 25-9-2023 07:40 PM
pesal gambar dia tu?
Quote sambaldurian 25-9-2023 07:53 PM
Ye , aku bias naqiu, yg musim dia dulu, bg aku time dia lemau waktu minggu duet dgn nana je. Yg lain ok, wlupun lagu2 bg aku mcm biasa/ yg aku x minat nk search kt utube klu penyanyi asal. Tp sbb dia nyanyi aku search utube persembahan dia.
Tp tu la dia nyanyi lagu org sedap2, lagu sendiri mcm kurang wow factor.
Quote imransulaiman 25-9-2023 08:40 PM
Ok, ni aku setuju. Bukan die hard fan pun...tapi sangat nampak aura tu. Dari GV dia menang lagi memang perghhh!
Quote Piramida 25-9-2023 08:44 PM
Dia ni masa GV dulu pun memang bagi all out perform bersungguh2...
Tak malas.
Tok Ram kalau tengok Naqui ni present memang mulut dia agak menganga lah kalau perasan. Dia cam puas hati tengok.
Quote Arry 25-9-2023 08:44 PM
tanam rambut kot dia ni.. tiba-tiba rambut depan lebat pulak
Quote minahmanja 25-9-2023 09:25 PM
Naqiu ni lepas dia menang dlu, macam senyap jugak kan..
Quote sleepandream 25-9-2023 10:50 PM
iols harap juara all starz kalini astro sponsor konsert solo...
apooo keluar2 kelaut dalam balik...
Quote blueberry12 26-9-2023 01:21 AM
Edited by blueberry12 at 26-9-2023 01:26 AM
minahmanja replied at 25-9-2023 09:25 PM
Naqiu ni lepas dia menang dlu, macam senyap jugak kan..


Dia tak senyap cuma orang je tak nak ambil tahu pasal naqiu ni. Padahal lagu dia tiap2 tahun masuk semifinal muzik2, tiap tahun dpt top 5 abpbh. Fan base kuat.

dia ni play safe sgt. Takde kontrovesi, gosip. Takde jadikan anak sbg content. media sosial pon semua pasal kerja. So tak menarik perhatian netizen utk follow. Dgn lagu yang tak hit. Itu yg nampak hilang dkt mainstream.
Quote phalanx 26-9-2023 06:54 AM
minahmanja replied at 25-9-2023 09:25 PM
Naqiu ni lepas dia menang dlu, macam senyap jugak kan..

dari segi media mungkin tak meriah sebab takde isu, tapi job lebat kira ok lah kan. memang tu tujuan masuk gv
Quote Themilo 26-9-2023 07:38 AM
September14 replied at 25-9-2023 09:49 AM
Kenapa letak gambar roslan shah

weols pun perasan muka ciklan rojak maznah
Quote mamapea 26-9-2023 08:10 AM
naqiu mmg best mlm tu...prmpn2 menyanyi aku dgr mcm suara tak lps...harap2 minggu seterusnya semua bagus2 la...
Quote casper2022 26-9-2023 08:21 AM
ok la naqiu dh berubah since masuk gv lepas. imej dh tukar from bad boy to matured men.
Quote nw111 26-9-2023 08:23 AM
Menang pun sendu gak...aku pun tak brp ingat muka budak ni..lagu dia lagi la aku x tau..
Quote sambal_kicap 26-9-2023 08:31 AM
September14 replied at 25-9-2023 09:49 AM
Kenapa letak gambar roslan shah

Iols scrol balik atas nak sahihkan komen ni hahahaha
Quote shahima99 26-9-2023 09:11 AM
sokong naqiu,, keep up the spirit..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060734 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top