CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kena Selalu Letak Status Suami Di Atas Dan Penting Letakkan Diri Isteri Di Bawah,"Raysha Rizroze

25-9-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4151| Komen: 17

Raysha Rizrose percaya berapa besar status kerjaya atau banyak manapun duit yang dimiliki wanita, isteri tetap perlu menghormati suami.

Menurut Raysha yang menikah dengan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri pada Februari lalu seorang isteri perlu meletakkan diri di bawah suami agar perasaan ‘rasa lebih’ tidak muncul.


Foto: IG

“Sejujurnya tidak dinafikan bila wanita berduit atau berstatus mungkin timbul ‘rasa lebih’ dan itu yang tidak best. Sebab itu dalam Islam tanggungjawab diberi kepada lelaki.

“Cuma sekarang dalam dunia moden memang ramai wanita bekerja dan mempunyai kerjaya yang baik. Jadi inilah ujiannya agar kena selalu letak status suami di atas dan penting letakkan diri kita (isteri) di bawah,“ kata Raysha kepada Gempak.



Menurutnya apa yang diulas juga adalah sebuah pesanan untuk diri sendiri. Dia tidak mahu menjadi seorang isteri yang apabila ada duit dan kerjaya, akan terlupa untuk menhormati suami.


“Untuk saya pula, harap tidak ada perasaan macam tu (megah). Misalnya kalau ada duit lebih pun, saya tidak boleh ada rasa nak lebih kena muhasabah diri semula,” ujarnya. -CARI

Sumber: gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-9-2023 05:30 PM
Dia lopes kawin nmpk wangi plk.. dulu masa dia berlakon dgn lelaki muka kucing cite ape tahh  mmg tak cun
Quote cahaya_almas 25-9-2023 05:57 PM
Bg sy dia cantik sgt...body pun mantap...n suara sia sdp bila bercakap..sesuai jd pembaca berita tv 3 or pengacara..
Quote Manusiabesa 25-9-2023 06:17 PM
Comel dia.. muka mcm thai. Body mmg ada inci yg perfect.dulu i lyn cintaku di bumi izmir. Dia dgn hefni sahad. Best la boleh la. Mmg comel la seksek rose2 ni.
Quote imanjannah 25-9-2023 06:39 PM
nmpk wangi..
Quote anilanil 25-9-2023 11:45 PM
Berlakon tak kayu. Nyanyi sedap. Tak popular sgt sbb mmg dah ada steady bf dari awal, so nak buat drama marketing dgn hero takleh...
Quote ohsoyaya 25-9-2023 11:55 PM
Ingt lg masa dia kecik dia ckp kt ktorg nk jd retis. Bagus bila da jd retis, pndai dia bwk diri
Quote noor2 26-9-2023 07:35 AM
Lawa...ada iras intan najwa pada mata aku..
Quote KamikuP 26-9-2023 09:21 AM
Memek muka sama jah keras kejung asyik berkerut je bila berlakon.. nyampah meolss.. ekekeke
Quote pocongkiutss 26-9-2023 09:38 AM
Dulu rasa mcm tak lawa .tp dlm pic kt thread ni nampak lawa..dia ada buat hidung kan tu .ce chuols tgk betul2..mcm ada beza je dolu2 hidung dia tu
Quote mzsnam 26-9-2023 09:39 AM
Semoga baik  baik sahaja kehidupan masing masing
Quote Meawket 26-9-2023 09:45 AM
palingggg minatttttttttttttt
Quote seri_mawr 26-9-2023 09:53 AM
suku sakat senrose kan ni...
lawa2 keturunan derang ni...
Quote foxneo 26-9-2023 09:59 AM
pocongkiutss replied at 26-9-2023 09:38 AM
Dulu rasa mcm tak lawa .tp dlm pic kt thread ni nampak lawa..dia ada buat hidung kan tu .ce chuols t ...

dulu macam kemek sikit kan? ke sebab dah kurus?
Quote lightheaded67 26-9-2023 09:59 AM
kan, budak raysha ni dh kawen nmpk elok pulak. dia ni dgn si aprena. tgk mcm tak gelabah sgt (kat medsos ler, secara personal idok le tau).
Quote esbok 26-9-2023 10:18 AM
Aku prefer side by side, no one left behind
Quote naina 26-9-2023 10:31 AM
Skng je dia nampak glow2 in the dark
Dulu2 dari paras rupa,fesyen,kulit dan kerjaya sendu gila..muka dia skng nmpakla cantik ckit..mungkin duit banyak menyinari wajahnya..muahaha
Quote nanasno 26-9-2023 11:39 AM
entah. nape iols rasa dia tak lawa. nelydia lagi lawa.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.188080 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top