CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lambat Satu Minit, Pemandu Bas Tergamak Tinggalkan Penumpang- Mara Liner Tampil Minta Maaf

25-9-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7342| Komen: 60

Syarikat pengangkutan bas, Mara Liner Sdn Bhd meminta maaf kepada semua pihak susulan tindakan pemandunya meninggalkan penumpang sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zachary Ismail pihaknya turut memberi jaminan bahawa insiden berkenaan tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.




“Pengurusan MARA Liner kesal di atas insiden yang telah berlaku kepada penumpang bas ekspres MARALiner Kuala Terengganu - Melaka tempoh hari.

“Kami telah menghubungi penumpang terbabit bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihaknya juga memaklumkan siasatan dalaman juga dibuat sejurus aduan tersebut diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terlibat juga telah diambil.


Loading FB Post...


“Siasatan dalaman juga telah di mulakan sejurus selepas aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit juga telah diambil.

“MARALiner sekali lag memohon maaf kepada semua dan berharap insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan dengan seorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari yang dijadualkan.

Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baru sahaja bergerak meninggalkan stesen, namun tidak diendahkan. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 25-9-2023 05:08 PM
Janji Melayu tersenyum sinis
Quote FOTHER-MUCKER 25-9-2023 05:29 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-9-2023 01:31 AM

Kenapa pula pemandu yang disalahkan?
Saya cukup tak suka dengan orang yang lewat ni.
Quote antikorok 25-9-2023 06:30 PM
Edited by antikorok at 25-9-2023 06:52 PM

Situasi biasa di stesen bas MBKT, eh bukan Mara Liner jah. Bas lain pun tepat jam, teros gerak bye2.

Tapi, ada satu kali tu, jam baru pukul 8.50-8.55 mlm camtu, terosss gerak, padahal seat ada kosong, sepatotnya gerak pukol 9.

Lagi kejam bas gerak awal dr yg sepatotnya, naseb tak viral jahhh

Tapi tak patot la buat mcm tu. Apa salahnya lambat seminit jer pun kalau ada perikemanusiaan, bagi jelah naek bas tu, seminit pung berkira namampos.

  
Mana tahu penumpang tuh ada emergency ke, jalan sesak ke, heh memang bandoraya KT skrg sesak namampos dengan ummah maknosi entah dari mana datang.


Buat camtu kat orang lain nescaya ada org lain buat camtu kat drebar tuh pulek. Baru tau khennn rasa mcm mana buat kat orang

Quote Levespa 25-9-2023 06:44 PM
memang salah penumpang tu, sebab sepatutnya kena sampai awal 30 minit..tapi driver tu tak berhenti pun walau penumpang  dah kejar siap ketuk2 pintu
Quote batu kikir 25-9-2023 06:56 PM
Edited by batu kikir at 25-9-2023 06:58 PM

Dalam.kehidupan......tolak ansur adalah intisari kehidupan itu sendiri. Betul penumpang lewat.....tapi dia dah berlari dan ketuk badan bas.....yg sipemandu tu pun tak kan tak bolih tekan break dan stop ambil penumpang tu. Susah sangat ke? Pekak badak ke? Atau sengaja nak gedebe? Kalau aku....aku f**k je pemandu tu termasuk sumpah seranah.  Lainlah kelibat penumpang tu tak nampak masa bas start gerak.
Quote itik_magic 25-9-2023 06:58 PM
batu kikir replied at 25-9-2023 06:56 PM
Dalam.kehidupan......tolak ansur adalah intisari kehidupan itu sendiri. Betul penumpang lewat.....ta ...

aku setuju.....sokong 100 peratus.
Quote kemaruk 25-9-2023 07:00 PM
Driver tak perasan kot
Quote antikorok 25-9-2023 07:03 PM
Edited by antikorok at 26-9-2023 03:39 PM

Memang nampak sengaja tinggal. Dasar takde hati perot!

Kesian penumpang ni kejar2 last sekali give up nampak kecewa sangat

[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid029V7BybuBeah1cgtQz9xWjZV5JL26sUFqLynbBjLzLqaJ351CS7FJN2mHP9eLbiJ2l&id=100064514333767[/fbp]


Quote Jitu 25-9-2023 07:59 PM
dah lewat mmg la
kena driver bas tu nak kejar trip mmg bolayan je
sape suruh lambat
Quote tumpanglalu74 25-9-2023 08:13 PM
Tolong kasi award kat drebar ni..
Quote nolya 25-9-2023 08:22 PM
Jitu replied at 25-9-2023 07:59 PM
dah lewat mmg la
kena driver bas tu nak kejar trip mmg bolayan je
sape suruh lambat

Masih ada istilah nak kejar trip ke? Bukakah perjalanan yg jauh ni dah ade ketentuan masa kerjanya dan ada kelonggaran waktu jika lambat. Nak kejar trip itulah yg boleh menyebabkan kemalangan.
Pemandu tentu boleh memberi ehsan, sebelum beragkat, tanya "semua dah ada?". Penumpag bersebelahan tentu boleh sedar d sahut "sorang lagi belum bang". Tunggulah seminit dua, apa salahnya kan?

Quote glump 25-9-2023 08:36 PM
Kadang driver bas ni ..dia tau dlm bas ada berapa penumpang ..katalah 21org,dia cek dah cukup 21 walau Lum sampai Masa ada terus jalan perlahan2  sbab pakir tu bas lain nak masuk . Kalau Tak cukup pun tunggu kejap je sbb ada penumpang yg Tak jadi Naik bas.
Pernah kena tinggal kat stesen minyak gara2 driver isi minyak Kita pi toilet sebb bas tu Tak berhenti selain isi minyak..keluar toilet tengok bas dah jalan.
Quote B40tastePosh 25-9-2023 08:41 PM
Keretapi Hindustan lagi bagus boleh berhenti siap boleh gostan lagi.



Kalau Bas Melayu dia semua tak boleh
Quote mojarean_X 25-9-2023 08:42 PM
Ya allah teringat zaman2 naik bas dulu
Quote September14 25-9-2023 08:51 PM
X btimbang rasa sgt kkdg nak tberak toilet penuh itu yg lmbat… ini bknnya keretapai yg ada jadual itu tlepas pun xde la sesal sgt… mmg salah sdri
Quote tukul 25-9-2023 09:07 PM
glump replied at 25-9-2023 08:36 PM
Kadang driver bas ni ..dia tau dlm bas ada berapa penumpang ..katalah 21org,dia cek dah cukup 21 wal ...

Sama kes my frend bbrp tahun lepas pre covid...bas ke johor..berhenti solat subuh rasanya...bas boleh tinggal dia dan sorang makcik ni...naye betul... bayangkan lah dgn beg2 luggage duk ada dlm bas tu...
Quote cmf_almondpecan 25-9-2023 09:14 PM
batu kikir replied at 25-9-2023 06:56 PM
Dalam.kehidupan......tolak ansur adalah intisari kehidupan itu sendiri. Betul penumpang lewat.....ta ...

Setuju dengan pendapat ni. Kalau driver tu perasan, seeloknya berhentilah bagi penumpang tu naik. Semasa saya tinggal di Scandinavia, saya nampak pemandu bas yang dah gerak berhenti beberapa meter dari petak yang sepatutnya sebab penumpang berlari2 dan lambai minta berhenti. Ni bukan bas ekspres yang dah siap beli tiket tapi bas biasa yang ada jadual waktu yang ketat. Bas kat situ memang tepat masa. Kalau jadual kata jam 4.27pm maka 4.27pm lah dia sampai. Tapi pemandu tu masih ada timbang rasa dan tolak ansur.
Quote Chah21 25-9-2023 11:02 PM
FOTHER-MUCKER:  Edited by FOTHER-MUCKER at 25 ...

Sbb dh smpai awal..brg2 smua dh letak dlm bas.. nk kencing mna boleh tahan2.. turun la pi tandas sat.. masa dh smpai depan pintu bas pon mmg driver xnk stop.. yg merakam ni pon  dlm bas beberapa org pon bgtaw driver ckp ada org nk naik x dilayan
Quote KamikuP 25-9-2023 11:12 PM
Kalau jadi mcm ni kena tinggal, nnti beg dlm bas tu nak claim macam mana ye?

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.275546 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top