CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seminggu Selepas Bersalin, Min Yasmin Dibedah Lagi Sebab Ada Darah Beku Di Dalam Perut

25-9-2023 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4777| Komen: 20

Selepas seminggu bersalin, Min Yasmin terpaksa menjalani pembedahan kedua gara-gara masalah hematoma iaitu darah beku di dalam perut.

Min atau Nurul Yasmin Abdul Aziz, 34, memberitahu, dia selamat menjalani pembedahan pada Isnin dan kini dirawat di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.


Foto: IG

Menurut Min, doktor terpaksa melakukan pembedahan kerana bimbang akan berlaku jangkitan yang lebih teruk.

"Saya baru selesai menjalani pembedahan disebabkan oleh hematoma iaitu kesan daripada bersalin tempoh hari... terdapat berlakunya pendarahan.



"Ia menjadi darah beku, jadi darah tersebut tidak dapat dikeluarkan dan terpaksa dibedah.

"Doktor mahu menyedut darah beku tersebut kerana bimbang berlaku jangkitan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Min mengakui pembedahan kali ini adalah lebih sakit berbanding proses bersalin tempoh hari disebabkan ia dilakukan di bahagian yang sama.



Tambah Min lagi, dia terpaksa dibedah selama lebih kurang satu jam untuk mengeluarkan darah beku tersebut.

"Bayangkan saya dibedah kali kedua di tempat yang sama (bahagian perut) sewaktu melahirkan bayi baru-baru ini.



"Ya Allah sakitnya... tapi saya rasa pembedahan kali ini lebih sakit berbanding sakit melahirkan tempoh hari.

"Sewaktu melahirkan, saya menjalani pembedahan kecemasan hanya 10 minit sahaja, kali ini saya terpaksa dibedah selama satu jam," ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Masi Malasa ini menyifatkan dugaan yang diterima sebagai salah satu asbab untuk menghapuskan dosa-dosanya.



Min juga sempat berkongsi perkembangan terbaharu anaknya yang kini sudah boleh minum susu badan, selain berat badannya juga makin bertambah.

"Dugaan buat saya tetapi tidak mengapalah... moga ia menjadi asbab untuk menghapuskan dosa-dosa saya.

"Alhamdulillah, anak saya sudah mula minum susu badan dan berat badannya juga semakin meningkat.

"Saya bersyukur sangat dia berada dalam keadaan sihat," katanya.

Pada 16 September lalu, Min selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pukul 7.49 malam.

Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu kehamilan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pembedahan.

Kata Min, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dirinya mengalami tekanan darah tinggi.

Untuk rekod, Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka. - CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 25-9-2023 08:36 PM
Kesian nya. Moga cepat sembuh..
Quote Binodino 25-9-2023 10:20 PM
Laa baru 34 ke umurnya. I ingatkan dah 40+

Maybe kena ubah cara pemakaian tu. Besar sangat turban.

Quote Mizlyn 25-9-2023 10:31 PM
Masuk sini nak komen.. Tanjatt tgk turban..
Cukup le Nina berturban cam tu.. Pakai ler tudung biasa.. Awok tu muda lagi
Quote sharlenetexas 25-9-2023 10:33 PM
Mizlyn replied at 25-9-2023 10:31 PM
Masuk sini nak komen.. Tanjatt tgk turban..
Cukup le Nina berturban cam tu.. Pakai ler tudung biasa ...

Mcm siput sedut sepit siput.

Quote silampumeja 25-9-2023 10:35 PM
Jap... ni sape.
Quote zuriey 25-9-2023 10:35 PM
Tak cucuk ubat ke
Kalau org bersalin czer kan ada ubat carikan darah kena cucuk 10 hari
Quote Mizlyn 25-9-2023 10:38 PM
sharlenetexas replied at 25-9-2023 10:33 PM
Mcm siput sedut sepit siput.

Hahaha i nmpk cm siput bulan.. Mujur tak tajam kat atas kalau cam tu cam siput bab*
Quote doubleA 25-9-2023 11:06 PM
zuriey replied at 25-9-2023 10:35 PM
Tak cucuk ubat ke
Kalau org bersalin czer kan ada ubat carikan darah kena cucuk 10 hari

Mungkin cucuk gak tapi kena juga kot. Iols dulu dapat 21 hari kena cucuk cair darah tu, doktor bagi ikut level risiko, kalau tinggi, lama la kena cucuk. Max tu 21 hari, sesetengah negeri mcm kedah mac 14 hari je. Tapi bila jadi apa2 pun lepas bersalin mak2 ni memang akan redha asalkan diri dan anak sihat
Quote Dolmat 25-9-2023 11:44 PM
Aku ingatkan berbaju putih, selambak mangkok tomyam tu Rosnah MA!

Burokkkk benor Yasmin oi....
Quote Skyline_84 25-9-2023 11:50 PM
sape lak ni?
Quote Suchi 25-9-2023 11:58 PM
Semoga lekas sembuh, pengorbanan seorang ibu.
Iols lak yg rasa ngilu,mana ank premature lagi. Mak lak 2 kali kena bedah.
Quote dua_chzy 26-9-2023 01:08 AM
zuriey replied at 25-9-2023 02:35 PM
Tak cucuk ubat ke
Kalau org bersalin czer kan ada ubat carikan darah kena cucuk 10 hari

Takda la sampai 10 hari. Aku biasa dok 3 hari 2 malam ja di sepital swasta lepas czer. Tak tau la kalau gomen.
Quote asfaz 26-9-2023 01:56 AM
Jiran sebelah ai dlu,czer. Dah balik rumah sakit kat perut. Pergi hospital cek rupanya ada kain tertinggal kt dlm . Kena operation balik. Kesian betul. Cuai pihak berkenaan.
Jiran bawah pulak czer jugak tp takleh makan ubat antibiotic. Allergik nanti bengkak muka kalau makan .
Tempat jahit  menanah. Kesian tengok menahan sakit.
Quote da_vinci 26-9-2023 09:20 AM
sapo nihhhh.....hahahaha
Quote rospinki 26-9-2023 10:09 AM
Mcm turban sami india kt sungai ganges. Apooo pesen over gitu burok nau
Quote nur_firdaus 26-9-2023 11:26 AM
semoga cepat sembuh..
Quote babycc 26-9-2023 12:01 PM
dua_chzy replied at 26-9-2023 01:08 AM
Takda la sampai 10 hari. Aku biasa dok 3 hari 2 malam ja di sepital swasta lepas czer. Tak tau la  ...

Ubat tu yg kena cucuk 10 hari.. orgnya hari ke-3 da boleh balik
Quote emera 26-9-2023 12:28 PM
Who r yus???? Tgk lakinya, aku kenal.
Quote BLoOmiNg_LeaF 26-9-2023 12:33 PM
turban tu benggali susu je sesuai pki ..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.150655 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top