CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anzalna Nasir Terpaksa Buat MRI Lepas Terjatuh Di Tandas "Saya Alami Anxiety Apabila Berpisah Dengan Anak-Anak"

25-9-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4951| Komen: 6

Terjatuh di rumah, Anzalna Nasir terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sejak Ahad.

Pelakon ini juga terpaksa menjalani proses pengimejan resonans magnet (MRI) susulan mengalami rasa sakit di bahagian tengkuk kesan akibat jatuh.


Foto: IG

“Saya tidak tahu berapa lama akan menerima rawatan di hospital. Buat masa sekarang saya hanya perlu berehat.

“Saya terjatuh di tandas dan rasa sakit di bahagian tengkuk sebab itu terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya kepada mStar.


Anzalna sebelum itu berkongsi video dia berada di hospital sebelum di bawa masuk ke bilik ujian MRI.

Aktres berkenaan turut memaklumkan dia masih menunggu keputusan ujian tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dalam keadaan sedang sakit dia tetap berfikir tentang dua anak lelakinya memandangkan tidak pernah berpisah lama sebelum ini.


"Saya rindu anak-anak. Setiap hari mereka ada bersama saya.

"Saya di tempat (hospital) yang tidak saya mahukan. Saya menyesal kerana telah memaksa diri.


"Saya seorang ibu yang mengalami anxiety apabila berpisah dengan anak-anak. Saya mahu pulang ke rumah dan bersama keluarga," ujarnya.

Untuk rekod Anzalna memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Eidrees, 3, dan Muhammad Emirhan yang kini berusia satu tahun.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 25-9-2023 04:51 PM
Comelnya anak anak anzalna
Quote Buritan 25-9-2023 04:55 PM
sarah_ary2: Comelnya anak anak anzalna


Yg no dua presiden rusia hahaha
Quote Lampuled 25-9-2023 05:03 PM
Mesti tak senang duduk ingat ke anak2. Dia dh la rapat dgn anak2 dia. Mmg motherly sgt anzalna ni. Gws
Quote ketambangkang 26-9-2023 09:16 AM
bukan kau sorg, org lain pon sama..sape je yg bole pisah ngn anak lebih2 lg kena tggal anak utk rwtn hosp..kau kira untung at least hosp ko tu bole bwk anak2 dtg melawat, mak2 yg masuk hosp gomen tu anak tak bole masuk tgk pon tau..bersyukurlah
Quote foxneo 26-9-2023 10:05 AM
ya tuhannn comelnya anaks diaa.
Quote cap_ayam 12-10-2023 02:44 PM
Semoga cepat sihat dan takde apa2 yang serius..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.217527 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top