CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Orang Baik, SPRM Tanya 4 Soalan Je,"-Sanusi

25-9-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3159| Komen: 7

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan kenyataannya mengenai siasatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Sik, pada minggu lepas.


Beliau berkata, proses tersebut  lancar dengan kehadiran pegawai SPRM ke pejabatnya yang bertanyakan empat soalan.

Foto: Utusan

“Mereka hanya tanya empat soalan, itu sahaja. Saya bukan orang jahat nak tanya banyak-banyak, saya ini dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun padan dah.

 “Selesai sudah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 dan Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

 Akhbar ini baru-baru ini melaporkan SPRM mengambil keterangan Menteri Besar itu di pejabatnya pada 17 September lepas bagi membantu siasatan kes kecurian REE di Sik.


 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu siasatan kes itu berada di peringkat akhir namun perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang.

 Mengenai keterangannya,  Sanusi bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci bagi mengelak sebarang spekulasi.

“Tidak payahlah habaq nanti macam-macam pula spekulasi kan? Ya! Saya telah bertemu dengan pegawai SPRM dan beri kenyataan saya, mereka tanya empat soalan. Itu saja. Tak ada serahan dokumen apa, tak ada apa, bagi keterangan biasa,” katanya.

  Sanusi pada masa  sama menasihatkan orang ramai agar tidak mencuri  REE kerana mineral itu bukan daripada jenis yang mudah diproses seperti emas dan bijih timah. 

“Nak ambil REE ini bukan mudah kerana ia perlu ada teknologi dan melalui banyak proses. Dia bukan macam bijih timah, emas, dulang-dulang nampak emas kan. Dia macam-macam proses tujuh lapan peringkat, tidak mudahlah untuk pihak-pihak yang tak ada teknologi untuk menghasilkan REE bukan senang.

 “Ada dua negara saja ada kemahiran iaitu, China dan Amerika Syarikat dan kedua-dua teknologi itu tidak dipindahkan. Itulah kita sedang ‘bargain’ supaya teknologi itu bawa ke sini dibuka kilang di sini. Kalau pakai korek, tanah apa semua nak dulang nak ayak, nak cucuh sendiri. Boleh jadi REE takkan jadi. Sebab dia ada proses ‘chemical’ yang panjang. Tiap-tiap elemen tu kena melalui satu proses , jadi tidak mudah,” katanya. 

 Semalam Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan sembilan individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Baling atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu, disyaki menjalankan penerokaan REE.- CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 25-9-2023 04:24 PM
tak gamak eh nak sebut.
saya org baik
Quote asamfish 25-9-2023 08:23 PM
alhamdulillah kalau mmg org baik.....tapi ada ke org jahat ngaku jahat eh...
Quote tumpanglalu74 25-9-2023 10:10 PM
[youtube]mXxoZUrZWmw?si=Vzw3IFmwu1422dOU[/youtube]
https://youtu.be/mXxoZUrZWmw?si=Vzw3IFmwu1422dOU
Quote boo03 17-11-2024 05:23 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052864 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top