CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauziah Sarman Masih Belum Tahu Tarikh Tepat ND Lala Kahwin Dengan Siti Munirah "Dah 34 Tahun Kan, Nak Lupa Bukan Mudah"

25-9-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3392| Komen: 9

“Demi Allah memang dah tak ada rasa cuma ralat dan terkilan sebab 34 tahun. Dia bukan saja buang kak Zie tapi dia buang anak-anak. Itu yang kak Zie paling sedih,” luah bekas isteri Datuk ND Lala, Fauziah Sarman.


Bukan mudah untuk melupakan segala kenangan manis dan pahit selama 34 tahun bergelar suami isteri dengan penyanyi itu.

Namun Fauziah mengakui dia sudah reda dengan takdir yang tertulis untuknya.

Foto: ig

“Dah macam mayat berjalan masa itu… dah 34 tahun kan, nak lupa bukan mudah. Kak Zie pun macam tak tidur. Kita sayangkan suami kita, anak-anak kita dan kita dah berjuang berhabisan.

“Tapi Allah dah aturkan dan kak Zie reda. Sayang dan cinta dah tak. Marah sikit itu ada la, memaafkan pun tidak sebab kak Zie lebih kepada tak nak ambil tahu,” katanya.

Menurut Fauziah lagi, apa yang menyakitkan lagi apabila dia tidak dapat berkongsi perasaannya kepada orang lain disebabkan menjalani kehidupan dalam keluarga selebriti.



“Orang luar sebenarnya tak tahu apa yang berlaku dalam keluarga kak Zie. Yang memberatkan kak Zie, sampai kak Zie rasa sakit sebab kak Zie isteri artis dan anak kita pun artis.

“Kita tak boleh sewenang nak cerita dekat orang. Tahun lepas dia tak balik, dah dua kali raya la… yang menguatkan kak Zie anak-anak la,” katanya seperti dipetik di Gempak.

Dalam pada itu, Fauziah juga mendedahkan dia sudah mencuba pelbagai cara untuk berjumpa dengan bekas suaminya untuk memulihkan hubungan mereka namun gagal.



“Dah macam-macam cara kak Zie dah buat untuk berjumpa, melalui SMS untuk pulihkan hubungan kami tapi dia memang tak layan sampai tahap kak Zie dah penat berjuang seorang.

“Dia memang makin menjauh daripada kak Zie… kak Zie pun nak tahu juga bila tarikh tepat dia kahwin kan. Kak Zie sentiasa bersangka baik sebab budak ini kak Zie dah anggap macam anak.



“Dalam masa dia dah kahwin suami kita pun masih keluar pergi makan, berjalan dengan dia. Apa saja majlis, dia sentiasa ada. Kami tak tahu pun mereka dah kahwin, tak tahu macam mana mereka sorok, memang handal,” ujarnya.

Bagaimanapun Fauziah menegaskan dia tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak kerana beranggapan kedua-dua mereka mengetahui apa yang dilakukan. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_melati 25-9-2023 03:54 PM
Ni novel chapter berapa pulak ni? udah2 la mama lalat, pak lalat pun dah lupa xambil peduli dah kenangan 34 tahun tu. Kami simpati tapi baik sibukkan diri & tak payah la bercerita kenangan lama
Quote imransulaiman 25-9-2023 04:11 PM
Kenapa ye tak boleh letak fullstop? Apa sebenarnya dia nak buktikan?

Kesian pula bila royanan berlarutan ni. Orang pun akan muak...
Quote OsHiN_hOnEy 25-9-2023 04:13 PM
kak
you cantik kot kak, very the cantik kot at your age.
boleh jer dpt lagi jerung
show to him that you can kak
apa asik keluar statement pasal charlie caplin ni kak?
Quote cikatilia 25-9-2023 04:24 PM
so

kalau tau tarikh kahwin
apa bezanya?
Quote Binodino 25-9-2023 04:33 PM
Ya Allah penting sangat ke maklalat oi untuk tahu bila tarikh dorang nikah? Lantak la dorang tu. Kalau tau tarikh dorang nikah apa manfaatnya kepada maklalat & netizen? Bukannya dorang ada anak pun untuk kami sibuk buat edisi kalkulator. Eh rentua ni
Quote tahanie 25-9-2023 04:36 PM
Tak, yang hingar macam ni nak apa sebenarnya?
Quote kepompong 25-9-2023 04:47 PM
Dah nak berlawan2 dgn tered afdlin tarikh nikah tak tahu bila
Quote kepompong 25-9-2023 04:48 PM
Binodino replied at 25-9-2023 04:33 PM
Ya Allah penting sangat ke maklalat oi untuk tahu bila tarikh dorang nikah? Lantak la dorang tu. Kal ...

Penting utk dia... sejak bila kena tipu .. sejak bila dah dpt mencelop tempat lain gitu la.. halal kot lantakkan saja lah. lagipon dah cerai. So?
Quote theotherfriend 25-9-2023 09:21 PM
Simpan sedih tu, tunjukkan sisi bahagia. Pinggan tak retak kak..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.286000 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top