CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Kelayakan Anne Ngasri? Bila Orang Kata Institusi MARA Dah Tak Ada Mutu, Marah!"

25-9-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8542| Komen: 42

Umum tahu Datin Anne Ngasri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara, baru-baru ini.

Pengerusinya Musa Sheikh Fadzir berkata pelantikan itu dibuat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah kira-kira dua minggu lalu.


Jengah di media sosial, ramai juga yang mempersoalkan pelantikan Exco Wanita UMNO itu dalam institusi di bawah MARA tersebut.

Foto: IG

“Kesian pada orang yang ada kelayakan yang sepatutnya.

“Last-last artis gini diangkat dalam bidang pendidikan. MARA pula tu.

“Apa kelayakan yang dia ada untuk pegang jawatan ni ya?,” persoal seorang pengguna.


Tambah individu itu lagi, dia mendakwa Anne lebih sesuai sekiranya diberi peluang untuk berkhidmat di institusi seni berbanding pendidikan.

“Nanti bila orang kata institusi MARA dah tak ada mutu, marah lah pula karang.

“Is she qualified for that post?

“Dia ni orang seni, mungkin boleh ke institusi seni lebih sesuai. Contohnya sekolah seni atau ASWARA. Baru lah relevan,” tambahnya.


Rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi terhadap pelantikan Anne yang popular dengan drama Cili Padi ketika zaman kanak-kanaknya.

Terdahulu Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkongsi berita baik beliau “menjadi sebahagian keluarga besar GiatMara’ di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Anne berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

Anne mula bergiat dalam politik sejak 2013 dan pernah menjadi exco Puteri Umno sebelum memenangi salah satu kerusi Wanita UMNO pada pemilihan Umno, Mac lalu.

Anne mendirikan rumah tangga dengan Mohd Sumali Reduan yang juga setiausaha kerja UMNO. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-9-2023 03:30 PM
Haaa kan dah berbunyik.. kome ingat netizen rakyat jelata ni bongokkkee..
Quote laksmanabentan 25-9-2023 04:28 PM
umno hebattttt.... love you Zahid...
Quote cm_vungtau 25-9-2023 04:39 PM
Jadahnya
Quote kucingitam 25-9-2023 04:44 PM
dia kan ketua blok..go madihah!!
Quote fadz84 25-9-2023 04:46 PM
Kalau jadi Anne baik letak jawatan je.. fokus je kat Wanita UMNO tu..
Quote Joysparta 25-9-2023 04:53 PM
Dia ni ada kelulusan apa.
Ramai dr Alumni mara yg jauh lebih layak.

Apa nak jadi la mara pun????

Quote che-cikL 25-9-2023 04:56 PM
Edited by che-cikL at 25-9-2023 04:57 PM

Selain pelakon kanak2, iols ingat dulu2 ada artikel yg tulis Anne ni ada sijil jenis kemahiran mekap2/kecantikan kan. Baca masa tu dia belajar drp belasan tahun untuk buka spa. Mungkin juga pinjaman atau pembiayaan jenis semacam GiatMara agaknya kut. Ingat tulis situ, dia lebih minat bisnes kecantikan berbanding Darling yg buat bisnes production house. Lepas tu baru dia ada cabang bisnes lain spt tudung Bawal eksklusif & juga akhirnya ada production house sendiri.
Quote Oroi8887 25-9-2023 05:21 PM
Mcm takde org lain yg lebih layak hahaha. Mcm ni je level2 timbalan pengerusi mara
Quote hidet 25-9-2023 07:37 PM
kucingitam replied at 25-9-2023 04:44 PM
dia kan ketua blok..go madihah!!

hahhhaha..teringat cite ni dulu..best
Quote lostnfaun 25-9-2023 07:46 PM
Inilah bahana bila zahid jadi tpm/menteri
Quote hzln 25-9-2023 07:53 PM
Hhhhmmmmm.....penat la, seriously penat
Zahid ni mmg betul2 jadi beban

There i said it.
Quote Fazzbulous 25-9-2023 08:02 PM
klu i jd anne,malu tau..lg bile jumpa alumni2 mara yg lbih educted dr ko,org senyum snis je la kt ko...step down je la...
Quote mojarean_X 25-9-2023 08:06 PM
kucingitam replied at 25-9-2023 04:44 PM
dia kan ketua blok..go madihah!!

Hahaha.....
Quote mojarean_X 25-9-2023 08:07 PM
Ni kan hujung2 zaman...orang2 yg jahil akan memimpin kita.
Quote SpyLeman 25-9-2023 08:08 PM
Ramai org tanya pasal sijil kelayakan dia.
Korang lupa atau tak tau dia ada sijil nikah dgn penjilat tegar Wak 47? Itulah syarat kelayakannya!!!
Quote mojarean_X 25-9-2023 08:09 PM
Orang bodoh mengurus hal-hal umum

Bagi orang yang ada mata hati yang jernih sudah pasti dapat melihat betapa ramainya orang-orang yang bodoh yang bukan ahlinya mula bercakap hal-hal yang bukan menjadi kepakarannya. Mereka ini dilantik menjadi pemimpin atau ketua untuk mengurus hal yang berkait dengan kepentingan awam. Kerana itulah kita boleh lihat sendiri pada hari ini bagaimana banyak perkara yang gagal ditangani dengan baik. Semuanya berpunca daripada kebodohan orang yang dilantik untuk mengurus perkara yang diamanahkan kepadanya.
Quote mms38 25-9-2023 08:27 PM
Jawatan tu mmg utk org politik..
Quote Ayda89 25-9-2023 08:39 PM
Apa la nak jadi jawatan penting pun bagi ke retis. Melingkup la
Quote cashewnut 25-9-2023 09:17 PM
Bila yindon jadi pemimpin melesia. Ni bukan nak naikkan mara, ni memang nak melingkupkan orang dalam mara. Ambik orang tak layak, punya la menimbun grad yang gah daripada mara, so pathetic la politician melesia. Apasal sengaja cari orang yang tak sesuai.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.177009 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top