Seorang pemuda berdepan dengan ujian berat di mana ibu bapa kekasihnya tidak merestui hubungan mereka untuk melangsungkan pernikahan. Difahamkan dia bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji permulaan sebanyak RM1,800.
"Masa tu, abang ni belum setahun pun bekerja di syarikat tu. Alasan mak ayah girlfriend, nak dia kumpul duit dulu baru boleh masuk meminang. "Mak ayah girlfriend nak wang hantaran RM18,000. Abang ni setuju dan minta masa dua tahun untuk kumpul duit. Abang ni sayang sangat girlfriend dia," kata pempengaruh, Rozyana Roslan di TikTok, menceritakan kisah pasangan kekasih tersebut. Sepanjang membuat simpanan untuk menyediakan wang hantaran sebagaimana yang ditetapkan oleh ibu bapa kekasihnya, pemuda itu sanggup mengikat perut untuk berjimat. "Dia hanya guna RM300 sahaja sebulan. Sebab masa tu dia tidak ada komitmen dan tinggal bersama mak ayah dia. Selebih gajinya disimpan."
Malah, Rozyana yang juga usahawan itu terharu melihat sokongan tidak berbelah bahagi ibu bapa pemuda berkenaan semata-mata untuk menerima bakal menantu dengan sepenuh hati. Selepas dua tahun seperti yang dijanjikan, pemuda itu kembali bertemu ibu bapa kekasihnya untuk masuk meminang. "Mak ayah girlfriend interview, siap tanya dah dua tahun ni ada beli rumah tak? Abang ni jawab jujur masa tu, dia cakap dah standby rumah sewa. Abang tu siap hias cantik-cantik rumah sewa. "Mak ayah girlfriend tu tanya lagi, ada kereta? Dia cakap memang dalam perancangan untuk beli kereta. Nak lepaskan uruskan masuk meminang terlebih dahulu. "Tapi mak ayah girlfriend tu cakap kau fokus dulu untuk dapatkan hasil kau, lepas tu baru kita bincang balik," kata Rozyana yang mengimbas perbualan pemuda tersebut bersama ibu bapa kekasihnya. Pemuda berkenaan masih bersabar dan tetap bersetuju kerana mempunyai masa setahun lagi untuk menambah simpanannya. "Dalam masa setahun tu dia dapat keluarkan kereta tapi masih belum memiliki rumah. Tapi nilai simpanannya semakin bertambah. "Abang ni pergi lagi jumpa mak ayah girlfriend untuk mendapatkan restu kerana nak meminang. Ditanya lagi dah ada rumah atau belum? Abang ni jawab belum sebab tak sempat lagi dalam masa setahun," katanya. Hanya disebabkan pendirian tegas daripada ibu bapa kekasihnya, hubungan mereka terpaksa berakhir begitu sahaja. "Girlfriend dia (kini bekas kekasih) mengalami kemurungan yang teruk sehingga mengelar tangannya sendiri. Sekarang ni dalam rawatan untuk pulihkan masalah mental," katanya. Selepas tujuh tahun dengan gaji serendah RM1,800, pemuda itu kini mempunyai pendapatan lebih RM3,000 dan berpeluang memiliki rumah seperti yang dihajati. Malangnya, hubungan cintanya berakhir hanya kerana sikap 'berkeras' ibu bapa kekasih dalam memberikan restu. "Tahun lepas, abang ni dah berjaya beli rumah dan dah buatkan rumah untuk mak ayah dia... dia dah buat keputusan untuk bahagiakan mak ayah. "Untuk jodoh, dia suruh mak ayah dia carikan. Dia move on dan reda," kata Rozyana. "Apabila ada lelaki minta masa nak bekerja untuk halalkan kau (jadikan isteri), tolong jangan lepaskan lelaki ni," kata Rozyana menitipkan pesanan. -CARI Sumber: mStar
|
ninja boy replied at 25-9-2023 02:51 PM
Kesimpulannya kalau nak kawen gaji kena 4k, Ada simpanan emergensi 20k, ada rumah, ada kenderaan. ...
kaedahnya replied at 25-9-2023 07:46 PM
gambar hiasan macam DP forumer
green~tea replied at 25-9-2023 07:47 PM
Kau mengata aku ke
Kebetulan plak aku baru komen
green~tea replied at 25-9-2023 07:46 PM
Arwah ayah aku pernah demand masa dia tak restu aku kawen dgn ex aku..
Redflag byk sgt tp aku degil ...
namieamuro replied at 25-9-2023 07:52 PM
cth redflag ex chuols mase tu apekah? kuat instinct sorg bapak..
green~tea replied at 25-9-2023 08:25 PM
Ayah aku ckp dia mcm pondan... hahahhaha aku tatau ler
mojarean_X replied at 25-9-2023 09:09 PM
Dia gayah in closet ke chuols?
ADVERTISEMENT