CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hormat Sambutan Maulidur Rasul- Konsert Dangdut Milenia Tunda Kali Ketiga, Ditukar Ke 25 November

25-9-2023 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1223| Komen: 4

Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini terpaksa ditangguhkan sekali lagi ke 25 November 2023.

Penundaan itu dibuat selepas berbincang dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menghormati tarikh sambutan Maulidur Rasul pada 28 September.


Pengarah urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob berkata, penetapan tarikh baharu itu juga dapat memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk hadir.


Foto:mStar

"Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.

"Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023," katanya kepada mStar.


Sebelum konsert tersebut pada awalnya dirancang pada 12 Ogos namun terpaksa ditangguhkan kepada 30 September susulan masalah dalaman yang dihadapi.

Lokasi bagi penganjuran masih sama iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam.

Sementara itu, penganjuran dengan melibatkan penyanyi dangdut dari Malaysia dan Indonesia ini juga diharapkan dapat menjadi tarikan buat pengunjung dua negara.

Selain itu, ia turut akan menjadi satu permulaan untuk mempamerkan genre dangdut dalam pelbagai versi sesuai dengan kemajuan teknologi terkini.

"Kerjasama dengan sayrikat Indonesia sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan muzik dangdut di Malaysia dengan penghasilan lagu-lagu baru menggunakan teknologi terkini.

"Diharap genre dangdut di Malaysia yang diperbaharui dan disegarkan mampu meneroka pasaran luar negara, sekaligus mewujudkan peluang kepada artis-artis dangdut tanah air untuk mengembangkan lagi karier mereka," ujarnya.

Selain Amelina dan Ani Mayuni, artis yang bakal terlibat dalam konsert ini adalah Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek-Klepek dan Rheyna Morena.

Penampilan DJ Ace dan DJ Bob Arjuna turut memeriahkan lagi malam konsert berkenaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myeramie 25-9-2023 03:12 PM
Jauh benar tukar tarikh xlaku ke msti kena kecam nanti konsert ni
Quote sleepandream 25-9-2023 03:18 PM
banyak betul konsert tahun ni yach...
Quote kotakominami 25-9-2023 03:56 PM
Buat time banjir.....pandai...
Quote I.K.A888990 25-9-2023 03:57 PM
ya ampun cancel je la konsert ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070675 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top