CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liza Hanim Dapat Dana DKD RM300 Ribu Dipertikai, Dihina Muka Tak Cantik, Hidung Kembang, Kulit Berlubang-Lubang

25-9-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5663| Komen: 61

Liza Hanim mohon agar Dana Kandungan Digital (DKD) yang diterima sebanyak RM300,000 bagi mengadakan konsert tidak sepatutnya menjadi pertikaian.

Sebagai seorang rakyat Malaysia dia berhak memohon dan menerima sebarang bantuan apatah lagi ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa melihat populariti pemohon.


Foto: IG

"Saya juga rakyat Malaysia, saya juga berhak. Saya sudah terlibat dalam industri seni lebih 20 tahun... Sesiapa sahaja boleh memohon.

"Saya bukan dapat begitu sahaja... Saya hantar kertas kerja dan turun pada hadir sesi pitching (pembentangan).

"Jadi saya rasa tidak sepatutnya perkara itu menjadi pertikaian kerana ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk memohon dan itu terpulang kepada rezeki," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, wang diterima sebanyak RM300,000 itu sebenarnya tidak mencukupi untuk menganjurkan sebuah konsert.

Kata Liza, dia juga terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan konsert yang dijangka diadakan tahun depan berjalan lancar.

"Saya dah lama nak buat konsert dan mungkin ini adalah rezeki saya untuk merialisasikan impian itu. DKD adalah pembuka ruang bagi tujuan berkenaan," katanya.

DKD mula diperkenalkan pada April 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan inisiatif ini adalah kesinambungan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang dilancarkan pada 2021.

Ia bertujuan untuk memperkemaskan dan mempermudahkan penyaluran dana-dana berkaitan industri kandungan kreatif.



DKD diperuntukan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan DKD Industri Muzik dilaksanakan oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

Mengulas mengenai penyertaan dalam All Stars Gegar Vaganza, Liza mengakui dia menghadapi sedikit tekanan apabila menjadi perhatian dan dinanti-nantikan peminat.


Liza berkata, dia juga lebih selesa digelar sebagai peserta underdog berbanding menjadi tumpuan yang menambah tekanan.

"Tapi bohonglah kalau saya kata saya tak rasa teruja bila baca komen. Ia juga memberi semangat kepada saya.


"Saya terima yang saya dah 44 tahun dan saya akan buat persembahan mengikut kemampuan, keadaan saya.

"Itu (umur) tidak buatkan saya awal-awal sudah menyerah diri. Tapi bila kita dah masuk, kita kena bagi sepenuhnya," katanya.


Sementara itu Liza juga mendapat penghinaan di mana ada yang kata dirinya tak cantik, hidung kembang, kulit wajah berlubang-lubang.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 25-9-2023 02:04 PM
Kalau harga macam konsert Ella ok la.
kalau harga macam konsert Faizal Tahir, xpo lah.

Quote sayurmayur88 25-9-2023 02:05 PM
yg mengomen tu pon, gambar profile picture tak seiring dgn sifat.
Quote canopy_copy 25-9-2023 02:21 PM
Ok boleh start menabung utk beli tiket konsert liza hanim!
Quote Burong_Hantuk 25-9-2023 02:21 PM
ewwwww.....jijiks
Quote HoneyManjer 25-9-2023 02:24 PM
jahatnya maknusia berkata2
mcm takada yg mencatat dosa pahala perangai ko kan...
Quote Orix 25-9-2023 02:25 PM
iols suka betul suara sheols... gelisah mimpi n siapa sangka siapa menduga tu one of my pebret... tp x byak lagu lain sheols yg iols x biasa dgar... takut krik3 je kalo pi konsert sheols... mohon buat konsert duet ngn kak eca ke shila amzah ke
Quote akuMNdia 25-9-2023 02:36 PM
suka suara liza hanim.
dia nyanyi lagu2 p ramlee pun sedap didengar. aku dulu siap beli kaset tu tapi ntah mana kaset tu ilang.
Quote myakayina 25-9-2023 02:42 PM
dlm banyak2 lagu sheols, Gelisah Mimpi tu best..sbbkan lagu ni sheols menang vokal terbaik kt AJL kan..
Quote prince_marhaen 25-9-2023 03:01 PM
sheols tak nak cuba ke makeup yang tak matte, yang nampak kulit sihat, takde shading2 yang nampakkan lagi lekuk2 lobang2 wajah sheols... pastu lipsetik nude glossy pulak..nampak cam tak kemas, cam comot2 je.. sheols kena try makeup bold yang lain bukan asyik2 bulu mata macam ostrich je.. makeup matte sekepuk bedak tu nampak kulit sheols lagi macam kering berkerak..crack..
Quote bulalof 25-9-2023 03:23 PM
hokeyh. gud luck yach.
Quote sleepandream 25-9-2023 03:52 PM
patutnya liza hanim dgn aina abdul join buat konsert sama2...
audience dorg pun lebih kurang sama jah ponen2...

lepasni mesti berderet penyanyi2 lain mohon bantuan nak berkonsert jugek... kowserrrrr
Quote kepompong 25-9-2023 04:12 PM
akuMNdia replied at 25-9-2023 02:36 PM
suka suara liza hanim.
dia nyanyi lagu2 p ramlee pun sedap didengar. aku dulu siap beli kaset tu tap ...

kalau jumpa keset tu nak cucuk kat mana ada lagi ke keset player tu
Quote fadz84 25-9-2023 04:27 PM
Edited by fadz84 at 25-9-2023 04:33 PM

Lagu2 yg mesti ada dlm list konsert solo sheols nnti:

Getaran Cinta Di Jiwa
Siapa Sangka Siapa Menduga
Cintailah Aku Sepenuh Jiwa
Nilai Cintamu
Ku Idamkan Rindu
Biarkan Aku Merinduimu
Istana Cinta (tribute P.Ramlee)
Di Mana Kan Ku Cari Ganti (tribute P.Ramlee)
Rindu Hatiku Tak Terkira (tribute P.Ramlee)
Andainya Aku Bersuara
Dunia Cinta
Selautan Merindu
Kata Hati
Jatuh Cinta
Gelisah Mimpi
Kerana Terlalu Mencintaimu
Merawat Luka Terpendam
Kuteruskan
Quote jijana 25-9-2023 05:12 PM
Linda Martopo..best menyanyi best berlakon
Quote cikperiukkera 25-9-2023 05:19 PM
kepompong replied at 25-9-2023 04:12 PM
kalau jumpa keset tu nak cucuk kat mana  ada lagi ke keset player tu

Ada jual chuolsss..dkt shoppe & tt. Meols dh add to cart hujung bln nanti beli..kaset pn ada jual. Konon nk flex dgn ank2 buah nanti sblum adanya itunes spotify bagai benda ni la yg makcik dorg guna utk dgr lagu dulu2..
Quote September14 25-9-2023 05:52 PM
Dia xleh buat konsert sorg2.. atleast pngil erni atau marsha pun ok… lg best klu dyg n aina

5 diva bgabung yg vocal msh blum hausss
Quote Suchi 25-9-2023 05:56 PM
Ramainya artis komen termasuk tokti pun ada maklumla nama dia pun kena petik dibanding2kan.
Quote prizadane 25-9-2023 06:00 PM
Tapi soalan serious, ramai ke peminat LH sampai dia terfikir nak buat konsert? I mean peminat yang sanggup keluarkan duit untuk bayar tiket konsert. Risau struggle je nak jual tiket tu nanti. Tak dinafikan suara she sedap, tapi so far macam tak pernah langsung menang ada voting contest or award. Maybe boleh buat small scale je, like less than 5k audience
Quote pembacagosip 25-9-2023 06:04 PM
fadz84 replied at 25-9-2023 04:27 PM
Lagu2 yg mesti ada dlm list konsert solo sheols nnti:

Getaran Cinta Di Jiwa

lagu2 ni semua best kan

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.126202 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top