KAJANG – Seorang abang tiri ditahan selepas didakwa hanya berdiri dan melihat sahaja seorang kanak-kanak lemas berusia empat tahun di sebuah apartmen di Bangi, 13 September lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan abang tiri mangsa berusia 26 tahun itu diberkas Ahad lalu.
Katanya, penahanan dibuat selepas penelitian dijalankan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses. “Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian. “Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelas Mohd Zaid, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, 13 September lalu.
“Siasatan mendapati, mangsa maut sekitar pukul 3 petang selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartmen itu sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang, bagi rawatan selanjutnya. “Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya. Mohd Zaid berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian. “Kes disiasat dan diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. “Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
noor2 replied at 25-9-2023 12:58 PM
Astaghfirullah...bangsa apa ni..knp kejam sgt dgn adik tiri...sakit hati aku baca
Buritan replied at 25-9-2023 01:04 PM
Tak tau laa sis.. mgkin ade dendam kot.. aku ckp terus terang jee.. ade dua org lemaas
Satu abg a ...
noor2 replied at 25-9-2023 01:18 PM
Tapi masa aku tulis td terfikir mak ayah budak lelaki ni bias terhadap dia dan adiknya...mungkin j ...
antikorok replied at 25-9-2023 06:01 AM
Video dikaburkan
ADVERTISEMENT