Seorang pelanggan dilihat membawa masuk anjing peliharaannya di sebuah kedai dobi di Krubong Perdana Melaka baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, anjing tersebut berada di dalam raga milik tuannya.
"Buat masa ini jangan cuci baju di sana, kedai kena samak dulu... dah maklumkan tuan kedai," katanya menerusi kapsyen. Bagaimanapun perakam video mendakwa anjing berkenaan dilihat berkeliaran di dalam premis sebelum diletakkan di dalam raga pakaian. Perakam video yang merupakan seorang lelaki itu kemudiannya bertindak menegur individu berkenaan. Namun pemilik anjing itu dilihat mempertikaikan teguran berkenaan dan memberikan alasan dia pernah melihat individu lain membawa kucing ke premis sama. Video tular tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya selepas dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Ahad.
Ramai yang kecewa kerana insiden itu mencerminkan masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak memahami sensitiviti agama. "Dia cuma tak faham sensitiviti dan dia tak tahu tak boleh bawa anjing ke tempat umum. "Bertenang, letak signboard binatang peliharaan tak boleh bawa masuk. "Pemilik kedai dobi kena tampal kat dinding depan besar dilarang bawa binatang dalam premis," kata beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
zamzam replied at 25-9-2023 01:17 PM
Dulu ada pengusaha buat dobi untuk Muslim saja tp geng liberal dan elit marah. Siap penjaga agama ka ...
airfilterkotor replied at 25-9-2023 01:58 PM
Duit kertas yg enkorang sisip dlm wallet tu entah² datangnya dari amoi yg penah usap² anjing.
Ni k ...
sharlenetexas replied at 25-9-2023 06:48 AM
Bukan nmpk pun anjing tu jilat duit.
ADVERTISEMENT