CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Normah Damanhuri Sambut Hari Lahir Ke-70 Tahun Besar-Besaran, Kak KM Beri Hadiah Gelang Emas Padu 80gram

25-9-2023 11:33 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9795| Komen: 83|Original author: Saiful

Normah Damanhuri menyambut ilang tahun kelahiran ke-70 baru-baru ini.

Hari istimewa itu disambut meriah menerusi majlis yang diadakan oleh anak perempuannya iaitu Liana Rosli atau Kak KM di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Foto: IG

Normah yang memakai gaun ala puteri berwarna merah masuk ke dalam dewan turut diiringi alunan muzik rebana daripada pemuzik.

Anaknya, Kak KM turut menghadiahkan dua utas gelang emas seberat 40 gram setiap satu buat Normah.


"Hadiah buat mama tahun ini. Mama kena pakai tak boleh buka... Ini emas padu seberat 40 gram. Tak perlu sebut harga, sebut berat sahaja.

"Gelang dua tahun lepas pun mama masih pakai lagi," katanya ketika memberikan hadiah tersebut.

Dianggarkan jumlah harga dua utas gelang tersebut adalah RM23,000 mengikut harga pasaran emas.



Sementara itu Normah memberi ucapan kepada tetamu yang hadir menganggap tahun ini istimewa kerana dapat menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

"Dalam usia sebegini, tiada apa yang saya harapkan selain kesihatan dan bahagia bersama anak-anak.

"Tahun ini sangat istimewa buat saya kerana dipermudahkan urusan di Tanah Suci Makkah untuk ibadah haji sebelum ini," ujarnya.



Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan acara meniup lilin pada kek setinggi lima tingkat.

Malah Normah juga menerima banyak hadiah barangan berjenama daripada tetamu yang hadir.

Antara yang tetamu yang ada pada majlis tersebuta adalah Datuk Yusof Haslam, Datuk Fauzihah Nawi, Raja Azura dan Ellie Suriaty. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-9-2023 11:41 AM
Byk betul duit dia ni
Quote cikatilia 25-9-2023 12:19 PM
overnya lahaii
Quote vanillaninja 25-9-2023 12:24 PM
Bagus la at least mak sheols redho dengan sheols kekdahnya
Quote Buritan 25-9-2023 12:39 PM
vanillaninja: Bagus la at least mak sheols r ...


Mgkin itu saje cara dia dpt duit.. cara elok payah sgt kot.. aoe ape terpulanglaa
Quote Orix 25-9-2023 12:43 PM
ngape lately ramai beli emas poh kong ekk.. iols rengsekk msuk pohkong, x pernah nmpak staff melayu dekat pohkong, semua cinkies2... iols forever beli habib
Quote September14 25-9-2023 01:12 PM
Nenek pun baju xnak kalah… pakai je la baju kurung moden lawa la jgk

Quote laksmanabentan 25-9-2023 01:19 PM

banyak la uoolls... jual jamu2 tuh...
ramai jer acik2 gundu dan kepam yang beli tu uollsss....
Quote sofi_sofia 25-9-2023 01:22 PM
org tua skrg nih mmg suka pakai mcm pesen buang tebiat eh? tadi tgk bekas ketua polis kawin pakai dress ala2 princess ... ni nek normah plk ... pesen2 camtu awal2 20an sesuailah ...
Quote Buritan 25-9-2023 01:27 PM
laksmanabentan replied at 25-9-2023 01:19 PM
banyak la uoolls... jual jamu2 tuh...
ramai jer acik2 gundu dan kepam yang beli tu uollsss....

Tuu laa depa mkn tak takut kee pyakit lain .especially buah pinggang
Quote pembacagosip 25-9-2023 01:43 PM
kek mama sabariah pun ada
huhuhuhuhu
Quote immortallez 25-9-2023 01:47 PM
Dia ni memang betul2 kaya ke saja nk tunjuk2 mcm scammer MLM & forex selalu buat tu
Quote ezacbee 25-9-2023 01:53 PM
Edited by ezacbee at 25-9-2023 05:36 PM

Rezeki nek normah.

Quote kmbg 25-9-2023 01:55 PM
Ada je org terdekat iols makan jamu kak KM ni katanya bagus tak kesah la die nak melucah pun janji produk bagus..haaa tu la dia bertambah kaya tuuuu sbb ada ja supporters
Quote dua_chzy 25-9-2023 01:56 PM
Meletop nek Normah!

Bestnya hidup sampai 70 tahun. Sihat pula tu.
Quote dua_chzy 25-9-2023 01:57 PM
Motif nek Normah lagik vogue dari acik Elly!
Quote asamfish 25-9-2023 02:11 PM
ala...baru dalam rm25k gelang tu....kalau berkereta besar menjalar, bag lv gucci bagai tapi tak mampu beli gelang mcm tu, itu mmg harus dikecam.
Quote Buritan 25-9-2023 02:13 PM
immortallez replied at 25-9-2023 01:47 PM
Dia ni memang betul2 kaya ke saja nk tunjuk2 mcm scammer MLM & forex selalu buat tu

Kayee lee kott kalo tak sape nak bayo emas semua tuu.
Quote Buritan 25-9-2023 02:15 PM
kmbg replied at 25-9-2023 01:55 PM
Ada je org terdekat iols makan jamu kak KM ni katanya bagus tak kesah la die nak melucah pun janji p ...

Mknanya jamu dia mmg eloklaa yee.. aku ni satu jamu habuk tak mkn . Kalo beli pun sbb kesian tgk org jual jamu tuu sbb ade sorang tuu mata dia juling.. aku mknlee sebijik esok nyaa tidakkk.. tahun dpn tgk dah lee berkulat
Quote pocongkiutss 25-9-2023 02:17 PM
Entah2 gelang zhulian

Tolong up benang kak KM sbb naik menyampah benang shuringai je naik atas .dh la bukan retis..dah la penyondol pulak fefeeling classy ada dalam tu..uwekkkkk

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.170018 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top