"Sajat menangis sebab Sajat teringatkan masakan mak, sebab mak selalu buat kuih-kuih macam ini," kata Sajat selepas berjaya membuat kuih lepat pisang. Katanya sejak berkelana di negeri orang dan jauh daripada keluarganya dia sangat rindu masakan terutamanya yang dibuat ibunya.
“Hanya orang yang faham sahaja, kadang-kadang kuih yang kita nak makan tak dapat kat sini. Dia akan rasa macam mana rindunya nak makan. “Sajat menangis ni sebab rindukan masakan orang-orang yang kita sayang. Jadi sebab itu Sajat jadi macam ni, sebab Sajat hidup sendirian kat sini, tiada siapa-siapa, adik-beradik semua jauh. “Bila dapat buat kuih ni (lepat pisang) saya menangis, dapat buat. Sebab kuih-kuih ni mak Sajat yang selalu buat, kamu semua kalau ada mak jagalah mak betul-betul, kalau dah jauh macam Sajat ni, hanya telefon sahajalah,”luahnya di TikTok.
Sajat juga berterima kasih kepada netizen kerana berkongsi resepi kuih lepat pisang terbabit sehingga dia berjaya memasak kuih tersebut. “Alhamdulilah jadi (kuih lepat pisang), terima kasih semua kerana tunjuk ajar Sajat,”ujarnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan mahu Sajat kembali kepada keluarganya di Malaysia. Antara komen: “Tolonglah bagi sajat balik Malaysia jumpa keluarga dia kejap, sumpah tak boleh tengok dia rindu apa yang ada di Malaysia." “Kesian sajat, dia mesti rindu keluarga dia."-CARI Sumber: Kosmo
|
nuralisa replied at 25-9-2023 03:40 AM
family dia x leh visit dia ke kat sana?
Thunderclouds replied at 25-9-2023 12:13 PM
Ha..tu la.
Hutang tanak bayo.
Hujung² cabot lari.
Themilo replied at 25-9-2023 04:24 PM
sebab tak mampu sis. kalau mampu, sebulan sekali mak & bapak dia datang bawak anak-anak angkat saj ...
ADVERTISEMENT