CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vokal Adira Suhaimi 'Ke Laut'- "Rasa Tekak Seperti Diikat"

25-9-2023 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3548| Komen: 16

Adira Suhaimi mengakui mengalami masalah pada vokal, terutama untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi selepas 
terkena jangkitan virus Influenza kira-kira dua bulan lalu.

Katanya kesan jangkitan virus Influenza menyebabkan dia berdepan dengan kesukaran untuk menyanyi, malah kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.


Foto: IG

“Baru-baru ini saya kena jangkitan Influenza, sekitar dua bulan lalu. Kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.

“Kesannya kalau saya menyanyi, memang ‘ke laut’. Rasa tekak seperti diikat,” katanya kepada Kosmo! Online.


Bagi memulihkan semula kualiti vokalnya, Adira memberitahu dia melakukan aktiviti yoga untuk membantu membetulkan semula pernafasannya.

“Untuk dapatkan semula suara, saya lakukan aktiviti yoga untuk membantu pernafasan. Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih,” ujarnya.


Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu juga tidak menolak berdepan masalah untuk menyanyi selepas melahirkan empat orang cahaya mata, selain faktor peningkatan usia.

“Selepas bersalin empat kali secara pembedahan caesarean (czer), vokal saya juga mengalami masalah. Selain itu mungkin juga disebabkan oleh faktor usia.


“Untuk membantu mendapatkan semula suara, saya menghadiri kelas vokal." -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 25-9-2023 10:57 AM
Padan muka..dah sah2 suara wanita tu aurat. Cari rezki jamu anak2 mkn guna duit menyanyi..mmg otak kt lutut la sekor2
Quote minguk 25-9-2023 10:59 AM
bukan memang selama ni kelaut ke?
Quote irvene 25-9-2023 11:02 AM
makin over si penyondol ni. bt content over teruk!
Quote pembacagosip 25-9-2023 11:18 AM
buat jela konten yg kdg merapu
Quote September14 25-9-2023 11:21 AM
Bgusla xyah nynyi dah penynyi2 yg dh level acik2 mcm tokti smua tu suara pun dah kelaut bsara je lah sampai bila khuens..  pergila berbisnes kt tiktok tu
Quote zuriey 25-9-2023 11:32 AM
Ko duduk rmh je la
Hari2 bt konten pg kedai aceh beli ikan
Berjoget dgn ank
Masak sambal berkawah2
Kesian kawin dgn dato buret miskin rupanya
Quote OyaTonggek 25-9-2023 01:34 PM
mmg bkn dah kelaut ke suara chuols tu..meols igt lg chuols kantoi miming kt tb3suku ngan apiz nano nano...sudalaaaaa
Quote Burong_Hantuk 25-9-2023 02:25 PM
eleh...suara kau mmg x sedap pun
Quote HoneyManjer 25-9-2023 02:53 PM
haha...elok dendiam jer chuols..
ada isu masuk porem mendapat kecaman ummah masyarakat hahahah
Quote rayna_raynes 25-9-2023 04:10 PM
Edited by rayna_raynes at 25-9-2023 04:15 PM

minguk replied at 25-9-2023 10:59 AM
bukan memang selama ni kelaut ke?

Suara dia power sebenarnya. Sebutan dan artikulasi bagus, nada tinggi dia stabil, range dia besar dan tone dia sedap. Lebih sedap dari tone Linda Nanuwil.

Sebagai rujukan:

[youtube]bSJ_oNSQjUw[/youtube]
Quote Suchi 26-9-2023 12:05 AM
Dia mcm kurang je menyanyi skrg ni
Dah jd netizen dia kan? Asik wat konten dan berkawan acik2 netizen tiktokers pelbagai.
Quote minguk 26-9-2023 08:36 AM
rayna_raynes replied at 25-9-2023 04:10 PM
Suara dia power sebenarnya. Sebutan dan artikulasi bagus, nada tinggi dia stabil, range dia besar  ...

owh thank you.
mungkin sebab i tak minat dia maka i terbawa-bawa emosi itu sampai "buta"

Quote neve4881 26-9-2023 08:37 AM
Relevant lg ke sheols ni?
Quote stingergrumpy 26-9-2023 08:38 AM
Black magic ni.

Atau memang musim retis kotak sore terkehel skg ini?
Quote alien88 26-9-2023 09:11 AM
suara adira ni ok la jugak tp skrg makin lawak pulak dkt tik tok
tp czer 4 kali tu, nyilu dengar
Quote jargon 27-9-2023 11:11 PM
Beranak deret smpai 4 ketul mana tak semput

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.243934 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top