CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Berhubung Dengan Nafiez Zaidi, Fify Azmi Tak Bercinta Pun Syazwan Zulkifly

25-9-2023 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2654| Komen: 2

Hubungan Fify Azmi dengan bekas kekasihnya, Nafiez Zaidi masih baik biarpun sudah berpisah.

Fify berkata, mereka masih berhubung sebagai kawan selain ada berbincang soal kerjaya seni.


Foto: IG

"Saya dan Nafiez sehingga kini masih berhubung... bertanya khabar tentang kerjaya masing-masing.

"Alhamdulillah, Nafiez seorang yang baik. Hubungan kami masih kekal sebagai seorang sahabat," katanya kepada mStar.


Bercakap soal pengganti, Fify belum terfikir untuk mencari pengganti kerana mahu memberikan fokus terhadap karier seni.

Dia juga menafikan sedang menjalin cinta dengan pelakon Syazwan Zulkifly seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jelas Fify, mereka hanya berkawan rapat memandangkan sering digandingkan dalam projek lakonan yang sama.


"Saya dan Syazwan hanya berkawan rapat kerana kami sering kali dipertemukan dalam projek drama yang sama.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perhubungan kami... biar sahaja netizen membuat andaian mereka sendiri.

"Buat masa ini saya masih belum terfikir untuk mencari teman lelaki. Saya ingin beri fokus kepada kerjaya terlebih dahulu,” ujarnya.



Dalam pada itu, Fify turut menafikan dakwaan dirinya merupakan seorang play girl kerana dilihat seperti mudah untuk mencari pengganti.

Menurut Fify, dia mengakui sebelum menjalinkan sebarang hubungan, seorang wanita perlu mengenali lelaki itu terlebih dahulu.

Namun, dia tidak boleh memaksa sekiranya lelaki yang dikenali tidak mempunyai keserasian yang sama.



Pelakon itu juga menasihatkan agar wanita di luar sana tidak mudah percaya dan tertipu dengan kaum lelaki.

"Kalau kita tak berjumpa dengan orang... macam mana kita mahu mengenali perwatakannya.

"Bukan nak cakap saya playgirl, tapi kalau memang lelaki itu tidak 'ngam' dengan saya, takkanlah saya nak paksa diri.

"Sayangi diri anda terlebih dahulu... kepada wanita di luar sana tolong belajar daripada kesilapan lepas. Jadi seorang wanita yang kuat... jangan mudah tertipu," katanya.


Untuk rekod, hubungan cinta Fify dan Nafiez mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga aktor itu difahamkan menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.

Bagaimanapun, selepas dua tahun bersama pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah sejak Hari Raya Aidilfitri lalu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Americano08 25-9-2023 11:40 AM
Dia mmg ada tatu ke???
Quote missHaidiD 25-9-2023 11:49 AM
Edited by missHaidiD at 25-9-2023 11:50 AM

Dia ni asik cite pasal jantan je kan hidup ko takde jntan tak bole ke.  Takde bakat pun ko ni.  Cite pasal jntan je. Ko tu bkn bbnu lg.  
Sampahhh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.041226 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top