Seorang penjual makanan jalanan 'kantoi' meludah ke dalam masakan pelanggan. Suara melaporkan, kejadian yang dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di Xián, China.
Tindakan tukang masak itu dikatakan dilakukan kerana kesal pelanggan sebelum itu mengembalikan semula hidangan dan meminta untuk dimasak semula. Sebaik menerima semula hidangan lebih 'segar', pelanggan menemui puntung rokok di dalam makanan. Mereka kemudian meminta untuk melihat rakaman CCTV di dapur dan terkejut melihat tukang masak yang tidak memakai pelitup muka itu meludah ke dalam makanan. Susulan tindakan yang 'kasar' dan menjijikkan itu, peniaga tersebut dilarang beroperasi buat sementara waktu. Bukan itu sahaja, dia juga didenda RM6,404 dan berkemungkinan lesen untuk beroperasi semula akan ditarik. Rakaman meludah makanan itu dimuat naik semula ke laman X, Heraloebss. -CARI Sumber: mStar
|
Firenzza replied at 25-9-2023 12:13 PM
Lg 1 jgn berani2 nk komplen masakan chef hotel x sedap ke, x masin ke nk mintak tukar......nti kna k ...
boo00 replied at 26-9-2024 11:35 AM
Do you want me to?
ADVERTISEMENT