CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Gara-Gara Mahu Beli Iphone 15

24-9-2023 04:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1206| Komen: 3

New Delhi: Kekecohan tercetus di sebuah kedai peranti Apple di New Delhi, India selepas orang ramai menyerbu premis tersebut bagi mendapatkan model baharu iPhone 15, kelmarin.

Laman berita Mint melaporkan, pergaduhan tercetus di kedai Apple di Kamla Nagar selepas pelanggan tidak berpuas hati kerana berlakunya kelewatan dalam pembekalan peranti tersebut.


Kekecohan turut tercetus di sebuah pusat beli-belah di Dubai. - X

Video tular di media sosial menunjukkan pergaduhan berlaku antara pelanggan dan pekerja premis berkenaan sehingga memaksa polis masuk campur dan menahan individu yang terlibat mencetuskan kekecohan.

Selain cawangan di New Delhi, beberapa kejadian serupa turut dilaporkan berlaku di kedai Apple di Mumbai serta di sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dengan orang ramai berebut-rebut untuk menjadi yang terawal membeli iPhone 15.


Menurut beberapa laporan, ada antara pelanggan yang cedera parah akibat terjatuh dalam kekecohan itu.

Siri iPhone 15 dilancarkan pada 12 September lalu dan tempahan awal mula dibuka kelmarin untuk pasaran Malaysia. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-9-2023 10:19 PM
Org yg beli ni pasal nak flip je.
Quote pokokmeranti 24-9-2023 10:23 PM
Jual buah pinggang ke? Kat malaysia ada bahalol nk buat hutang 36 bulan ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.028741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top