CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Wanita Ditemui Tertiarap Di Pantai Puteri

24-9-2023 03:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2438| Komen: 18

Melaka: Mayat wanita ditemui dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.


Mayat wanita ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan terkambus dalam pasir di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, pagi tadi. Foto Ihsan IPD Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan awal terhadap badan si mati tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan unsur jenayah berlaku.

"Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, polis sedang mengenal pasti identiti sebenar mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

"Setakat ini kita syak mangsa warga tempatan berdasarkan suntikan BCG (Bacille Calmette-Guerin) dan dianggarkan berusia 20-an.

"Kita memohon orang ramai yang mengetahui kejadian untuk tampil atau menghubungi balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 24-9-2023 03:55 PM
Dah tak pakai frasa "tiada unsur jenayah" nampak..  Dah puas kene maki ke?
Quote noor2 24-9-2023 04:28 PM
Kena bunuh dgn warga asing ke
Quote makneng 24-9-2023 07:13 PM
Berhantulah pantai tu lepas ni…
Quote kemaruk 24-9-2023 07:15 PM
Seperti permulaan cerita twin peaks
Quote CiliPadiSedap 24-9-2023 10:11 PM
Hari tu rohingya rogol budak bawah umur kt melaka juga. Babi rohingya
Quote pocongkiutss 24-9-2023 11:57 PM
Bukan ke pantai tu mmg berhantu..ada satu hotel terbengkalai beberapa tahun..pastu ada yg amik alih reno kaw2 buat fully furnished & jual..nmpk laku lak tu
Quote mojarean_X 25-9-2023 12:45 AM
makneng replied at 24-9-2023 07:13 PM
Berhantulah pantai tu lepas ni…

Hotel kt pantai puteri tu mmg berhantu citernya. Bertukar2 pengurusan dan renovation dilakukan. Last i jalan situ bbrp bulan lps hotel tu tgh renovate dan mcm dijenamakan semula
Quote ipanimanz1 25-9-2023 12:48 AM
mojarean_X replied at 25-9-2023 12:45 AM
Hotel kt pantai puteri tu mmg berhantu citernya. Bertukar2 pengurusan dan renovation dilakukan. La ...

hotel apakah uols?hotel yg betul2 mnghadap pantai, dipisahkan oleh jalan raya ke?
Quote mojarean_X 25-9-2023 12:50 AM
ipanimanz1 replied at 25-9-2023 12:48 AM
hotel apakah uols?hotel yg betul2 mnghadap pantai, dipisahkan oleh jalan raya ke?

Aah chuols. Byk kali tukar nama tu. Jap iols up bideo
Quote mojarean_X 25-9-2023 12:52 AM
ipanimanz1 replied at 25-9-2023 12:48 AM
hotel apakah uols?hotel yg betul2 mnghadap pantai, dipisahkan oleh jalan raya ke?

Nah bideo[youtube]O8jx_ZWlPVY?si=sBDRe_mxJcf3SOik[/youtube]
Quote dua_chzy 25-9-2023 01:25 AM
Mati tetibe sebab heart attack triggered by beksin kobidon.
Quote kakikuDibibirmu 25-9-2023 05:05 AM
Tertiarap tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote Belibis 25-9-2023 06:46 AM
dua_chzy: Mati tetibe sebab heart attack ...

Lama tak dengar ' akibat beksin'...[em:3:]
Quote kaishi 25-9-2023 08:59 AM
pocongkiutss: Bukan ke pantai tu mmg berhant ...


Tak ada nya laku, terbelangkalai terbiar, aku rs mcm bazir je sapa amek semula tu, pastu katanya nak jadikan rumah sewa apa bagai, masih nmpk scary tmpt tu...

Nasib baik la aku tak bawak anak g pantai tu semalam, duduk melaka ni, seram, kereta klu kat traffic light, kene kunci, pastu ada rohingya jg budak2 minta sedekah ni merata. Sampai ke dalam mall dia suruh masuk minta sana sini. Tak syok dah. Seram pon seram.
Quote shi_jewel 25-9-2023 09:12 AM
nasib baik org awam nampak...maunya terkambus pasir, maka org ramai tak tau mayat ada di sana.
Quote gideoncross 25-9-2023 10:45 AM
CiliPadiSedap replied at 24-9-2023 10:11 PM
Hari tu rohingya rogol budak bawah umur kt melaka juga. Babi rohingya

Prnh msuk TV psl Rohingya raped a young girl smpai that girl trauma, gila tol.
Quote gideoncross 25-9-2023 10:47 AM
shi_jewel replied at 25-9-2023 09:12 AM
nasib baik org awam nampak...maunya terkambus pasir, maka org ramai tak tau mayat ada di sana.

Silp hribuln org ingt ada org main sand castle ataupn brkambus dlm pasir, mcm ummah Kokesen sllu buat kat pntai.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.095025 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top