Restoran makanan segera terkenal dikecam orang ramai selepas meletakkan caj RM1 untuk sepaket sos cili yang dahulunya diberi secara percuma. Menurut hantaran tular di laman Facebook, seorang pelanggan berkongsi gambar resit pembayaran 10 pek sos cili yang berharga RM10.60 beserta cukai.
“Hidup makin keras. Hendak minta sos lebih pun kena caj. Sudah beli 10 paket sos cili dengan harga RM10.60. “Tahniah kerana mengambil langkah proaktif selaras kenaikan harga beras dunia,” tulisnya dalam hantaran sama. Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan tersebut, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang dibelenggu masalah kenaikan harga barang mentah. “Dulu boleh simpan lebihan sos dalam peti ais, sekarang kena caj pula,” kata Amm. “Selalunya tak payah bayar pun. Boleh minta sahaja pada juruwang kalau nak sos lebih. Kenapa sekarang kena bayar?,” tanya Hafiza.
“Kalau bagi percuma, orang kita suka membazir. Kalau hendak elak pembaziran, terpaksalah caj,” kata seorang lagi pengguna. “Selepas ini terpaksalah bawa sos sendiri dari rumah,” kata Aifa. Kini, hantaran tersebut telah menerima 7,200 tanda suka dan 3,100 komen. Sumber: Kosmo! Online |
Binodino replied at 24-9-2023 01:13 PM
Yang free tu kalau kau beli sekali dengan makanan. Kalau kau beli sos je of course la dia akan charg ...
heythere123 replied at 24-9-2023 07:15 PM
i bet yang buat ni memang otak tinggal dekat toilet kot. Pastu acah la netizen backup bila dah kan ...
Binodino replied at 24-9-2023 08:14 PM
Netizen yang backup tu pun sama jugak. Kufur nikmat dengan mata & akal yang Allah bagi foc. Ada m ...
ADVERTISEMENT