CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Naik Darat Petanda Bah Di Baling

24-9-2023 12:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1480| Komen: 6

Tebing sungai di Kampung Iboi mula terhakis akibat arus deras di Sungai Kupang dekat Lata Celak kelmarin.


“Saya jumpa beberapa ekor ikan sungai naik ke darat dan ini menjadi petanda air akan melimpah. Keadaan ini sama de­ngan yang berlaku pada Julai tahun lalu.

“Hujan lebat pukul empat dan rumah dipenuhi air dua jam kemudian. Trauma tahun lepas dihanyutkan arus deras dan berpaut pada pokok bersama isteri, Halipah Ahmad, 73, tak hilang lagi hendak kena hadap kejadian baharu,” katanya.

Rahmah Din, 58, pula berkata, dia kembali trauma dan takut apabila tebing pasir Sungai Kupang berhampiran rumahnya di Lata Celak terhakis.


“Saya jadi takut kerana ha­nya saya dan anak-anak yang ada. Saya harap kerajaan dapat melakukan sesuatu termasuk membina empangan sabo supaya kejadian ini dapat dielakkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain, berkata pemasangan sistem amaran awal bencana di kaki Gunung Inas juga perlu disegerakan berikutan kebanyakan penduduk masih trauma.

“Kejadian banjir puing bukan saja memberi kesan kepada kemusnahan harta benda, namun ia turut memberi kesan kepada emosi penduduk yang ketakutan setiap kali hujan,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 24-9-2023 05:35 PM
Nak banjir terukke ni
Quote mojarean_X 24-9-2023 05:37 PM
Ya allah selamatkan lah penduduk baling
Quote gigahertz 24-9-2023 07:53 PM
Buritan: Nak banjir terukke ni

kanchong timur pun ada 20 ekor gajah bergerak secara berkumpulan.
i suspek sama ada banjir atau kemarau.
Quote supernaturalee 24-9-2023 08:03 PM
Semoga semua selamat lh ye
Prepare ape yg patut
Quote syamzana 24-9-2023 08:15 PM
seramnya...harapnya semua bersiap siaga rakyat dan gomen. yg dulu tu teruk.
semoga kita semua dijauhi segala musibah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097874 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top