CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musa Hassan Dirikan Rumah Tangga Dengan Qistina Lim

24-9-2023 12:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15755| Komen: 161

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

Majlis resepsi perkahwinan Musa di sebuah hotel di Shah Alam, malam tadi, dikongsi seorang individu dipercayai adiknya, Mohammad Izzat Hassan menerusi Facebook dengan memperlihatkan gambar persandingan, keluarga dan tetamu yang hadir.


Foto Facebook Mohammad Izzat Hassan

Dalam keterangan gambar yang dikongsi dalam hantaran di media sosial itu, Mohammad Izzat menzahirkan kesyukuran dan tahniah kepada abang sulungnya.

"Syukur Alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.

"Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah," katanya.


Selain itu, pendakwah selebriti, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung Facebook yang berdurasi dua minit 18 saat berkaitan majlis resepsi itu.

"Majlis Perkahwinan Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim," katanya menerusi akaun media sosialnya itu.

Foto Facebook Mohammad Izzat Hassan

Beberapa pengguna Facebook yang menonton siaran langsung itu mengucapkan tahniah dan mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan.

"Selamat pengganti baharu kepada Tan Sri Musa Hassan. Tan Sri yang paling saya minat dari dulu sehingga sekarang.

Kirim salam saya kepadanya," kata NoorAini Ismail.

"Selamat pengantin baharu Tan Sri dan Puan Sri," kata Hasmah Abu.

Untuk rekod, Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42 memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.

Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TerataiMelur02 24-9-2023 12:41 PM
Tahniah la
Quote wirazam 24-9-2023 12:44 PM
Atuk Tu dah lebih 60 tahun kan..yg pengantin pompuan umur brp?
Quote muntahijo 24-9-2023 12:48 PM
Berapa kali yea dia ni dah kawin?
Quote opie5662 24-9-2023 12:55 PM
Boleh tahan jgk eh dia ni. Tp dia ni masa jd ketua polis dlu nampak aura. Lpas pencen kepam terus. Tak nampak aura org pencen berpangkat. Tgk laki nisa bakri tu, nampak la gaya jgk walaupon lg kertu i rasa
Quote KirazMevsimi 24-9-2023 01:06 PM
alhamdulillah. berita baik. moga terus berbahagia dan berkekalan, diberkati Allah. amin

tahniah
Quote I.K.A888990 24-9-2023 01:11 PM
mak aihhhh baju pengantin pun
Quote I.K.A888990 24-9-2023 01:12 PM
apa2 pun tahniah la atok dan acik
Quote tumpanglalu74 24-9-2023 01:15 PM
Barbie tuwe..
Quote lanacondor 24-9-2023 01:17 PM
Xpela dh jodoh dia.. tahniah Semoga berbahagia ke akhir hayat
Quote ipanimanz1 24-9-2023 01:21 PM
xtau la taste org2 ni mcm mna. tp baju pengantin mcm ni ssuai utk org muda shja. kalau dah kertu, something wrong somewhere gituuhhh
Quote Kancilkering 24-9-2023 01:23 PM
ni kali ke 3 kan naik pelamin…
sebat nyonya pasar pulak…
x apa lah…bertambah umat islam….
selamat pengantin baru
Quote jazaa100 24-9-2023 01:27 PM
tumpanglalu74 replied at 24-9-2023 01:15 PM
Barbie tuwe..

Masa kecik tak dpt.....
Dah tuwe dia pulun le.....
Quote kuchenta_81 24-9-2023 01:28 PM
Wowww Double Tree Hilton kauuuuu .. sapa kata Tan Sri takde duit hari tu heheheee
Quote jazaa100 24-9-2023 01:28 PM
Ni lah yg ex wife dok mentioned perempuan cina hari tu....blm cerai ada skandal lah iya.....

Quote newyork 24-9-2023 01:30 PM
Oh inilah pompuan cina tu...
Quote aechae 24-9-2023 01:35 PM
Dh tua2 xyah lh beria nk dress up mcm org muda
Quote midori888 24-9-2023 01:39 PM
eh dah kawen lagi...rasa mcm baru jer baca kisah gaduh dgn ex-wife

overnyer baju pengantin ppuan...haha...
Quote SedihPedih 24-9-2023 01:49 PM
Amboi2..selamat pengantin baru pokcik musa..
Quote darkness 24-9-2023 01:58 PM
Xsesuai sangat baju pengantin perempuan tu

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.258622 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top