CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tangkap Anak Patung 'Chucky'

24-9-2023 11:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 287| Komen: 1

Mexico City: Polis Mexico mengendalikan kes pelik membabitkan seorang pengamal ilmu hitam yang memeras ugut orang awam dengan menggunakan anak patung.

Media tempatan melaporkan, suspek, Carlos N didakwa menggunakan anak patung yang dipuja untuk menakutkan orang ramai, sebelum menuntut wang daripada mereka.



Susulan itu, polis menahan lelaki itu bersama anak patung 'Chucky' itu.

Polis kemudian menempatkan lelaki itu dan anak patung itu di penjara di sebuah bandar di utara Mexico, awal minggu ini.

Lelaki itu didakwa kerana mengganggu keamanan dan membahayakan integriti orang lain.

Namun, polis terpaksa memegang dan membongkokkan anak patung itu ketika mahu merakam gambarnya.


Seorang pegawai di jabatan polis di Monclova, di negeri Coahuila, dilihat ketawa sambil mengangkat pisau panjang yang diambil daripada Chucky.

Media Mexico melaporkan pegawai yang mengendalikan Chucky itu kemudiannya ditegur kerana tidak mengambil serius tugasnya.

Carlos N kemudiannya dibebaskan, namun status dan keberadaan anak patung itu tidak diketahui.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 24-9-2023 12:27 PM
Patung chucky tu kena gari ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.196868 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top