CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dijel 2 Tahun Kerana Bantu Anak Gugurkan Kandungan

24-9-2023 11:42 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1040| Komen: 2

Washington: Wanita di Nebraska, Amerika Syarikat (AS), dipenjarakan dua tahun kerana membantu anak perempuannya menggugurkan kandungan dengan menggunakan sejenis pil.

New York Times melaporkan, Jessica Burgess dan anak perempuannya itu, Celeste didakwa bersama-sama untuk menggugurkan kandungan Celeste, tahun lalu.


Ketika berada dalam kamar mahkamah, Celeste yang dibebaskan awal bulan ini dilihat mengesat air mata ketika ibunya dijatuhkan hukuman penjara, Jumaat lalu, lapor The Norfolk Daily News.


Menurut akhbar itu, hakim menolak permintaan peguam Jessica untuk menjatuhkan hukuman percubaan dengan mengatakan dia mengendalikan janin itu seperti sampah.

Pendakwa raya berkata, Jessica memesan pil secara dalam talian sebelum memberikannya kepada anak perempuannya berusia 17 tahun yang ketika itu dalam trimester ketiga kehamilannya.

Pihak berkuasa berkata, anak beranak itu kemudiannya menanam sendiri janin itu.


Pada April 2022, polis mula menyiasat dakwaan bahawa Celeste melahirkan bayi secara pramatang, yang dipercayai sudah dikebumikan.

Julai lalu, Celeste dijatuhi hukuman penjara 90 hari selepas dia mengaku bersalah menyembunyikan sisa rangka manusia.

Pada bulan sama, Jessica mengaku bersalah melanggar undang-undang pengguguran bayi di Nebraska.

Dia didakwa memberikan maklumat palsu kepada pegawai penguat kuasa undang-undang selepas membuang atau menyembunyikan sisa rangka manusia.

Ibu berusia 42 tahun itu menghadapi lima pertuduhan termasuk satu di bawah undang-undang 2010 yang hanya membenarkan pengguguran sehingga 20 minggu selepas persenyawaan.

Polis mula menyiasat anak beranak itu, sebelum keputusan Mahkamah Agung dalam kes Roe v Wade yang menyaksikan setiap negeri di AS mempunyai undang-undang tersendiri mengenai hak untuk menggugurkan kandungan.

Pada Ogos lalu, Facebook berpendirian akan mematuhi siasatan polis serta platform itu akan menjadi alat untuk mengekang sesiapa yang terbabit dalam prosedur pengguguran.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hudalarva 24-9-2023 11:53 AM
dia ingat anak manusia tu anak binatang ke? oh wait i forgot... mat saleh ni humanity crisis diorg dah di tahap kritikal... tp ummah acah2 woke masih menjunjung 'moral' dan ideology rosak dari sana... terpaling my body my choice

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.039929 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top