CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarimah Ibrahim Serius Mahu Buat Kemunculan Semula, Siap Ambil Kelas Lakonan Jurulatih Natalie Portman

24-9-2023 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3316| Komen: 20

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim sudah bersedia kembali aktif dalam bidang seni malah ketika ini sedang giat mengambil kelas lakonan dengan bimbingan jurulatih dari luar negara.

Sarimah, 45, berkata, dia mendapatkan khidmat jurulatih lakonan Gerry Grennell yang berpangkalan di Ireland dan pernah melatih pelakon terkenal Hollywood iaitu Natalie Portman dan mendiang Heath Ledger.


"Sekarang ini saya sedang lakukan latihan bersama jurulatih yang pernah melatih pelakon Natalie Portman dan Heath Ledger iaitu Gerry Grennell.

"Latihan secara atas talian sebanyak dua kali seminggu untuk tingkatkan kemahiran lakonan. Saya ambil inisiatif ini untuk mendalami ilmu dan kaedah lakonan yang betul," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sarimah berkata, latihan dibuat itu berjalan dengan baik malah dia semakin mengenali kemahiran dimiliki yang ada diantaranya tidak diketahui sebelum ini.


"Apabila belajar dengan Gerry saya mula risau sebab tidak tahu sama ada saya ini okay atau tidak... Tapi bila dia bagi maklum balas baru saya tahu di mana kemampuan saya.

"Untuk masa ini, dia kata okay dan teruskan dengan apa yang saya minat... Lega apabila Gerry memberi maklum balas seperti itu," ujarnya.


Sementara itu, Sarimah berharap selepas ini dia akan lebih kerap mendapat peluang muncul dalam program televisyen atau filem selain menyimpan hasrat mencipta nama di luar negara.

Dedah Sarimah dia lebih berminat untuk berlakon dalam drama atau filem aksi malah sudah menghadiri uji bakat bagi sebuah projek luar negara baru-baru ini.

"Saya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri seperti karate, insya-Allah kalau ada tawaran sesuai saya akan lakukannya.

"Baru-baru ini pun ada pengarah minta saya hantar video untuk sebuah filem aksi, sampai bengkak-bengkak badan sebab buat latihan.

"Fokus saya sekarang filem aksi atau pun dramatik... Kalau genre romantik risau kalau suami cemburu," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 24-9-2023 12:26 PM
suka sheols time mengacara, tapi selain daritu macam rengsa sikit
Quote zuriey 24-9-2023 01:31 PM
Buat comeback
Sesuatu sgt..
Ada bau2 bakalan menjadi J ke
Quote heythere123 24-9-2023 02:10 PM
zuriey replied at 24-9-2023 01:31 PM
Buat comeback
Sesuatu sgt..
Ada bau2 bakalan menjadi J ke

iols mulanya nak speku camtu jugak tapi sape tahu sheols macam sofea jane kan.

cuma sofea jane tak selalu meratib kacukan macam Sarimah ni. Sarimah ni sampai muak dah baca tiap kali sheols tulis pasal kacukan Irish sheols tu
Quote Burong_Hantuk 24-9-2023 02:16 PM
Quote fry 24-9-2023 02:52 PM
tak kot, aku rasa dia ni bosan kot ,come back pun levellll level t20 u, ko mampu tuisyen dengan coach retis Hollywood gred A...tu la yg nak dipekung cik puan ni...
Quote MatDeghem 24-9-2023 02:58 PM
nak berlakon drama / pilem lokal sampai hire international coach?

kalau nak pegi hollywood atau london , paris, new york macam si Jah Bungkos ok lah.
Ini sekadar drama tv ....aduhh. buang karan.

jadi juru acara pun macam bingit je suara nya.

Quote sharlenetexas 24-9-2023 03:10 PM
Berbeza dgn acik yebby.

Quote alieyrina 24-9-2023 04:04 PM
Kenapa x amik juruletih k drama ja. Pelakon muka rempit pun acting sampai.

Gila tgk C drama lani. My journey 2u tu storyline dasat gak
Quote Piramida 24-9-2023 04:08 PM
Eloklah brush kembali...

Dulu2 best je dia mengacara.. Enjoy je tengok.

Tp lately boring sgt style mengacara tu. Kena belajar lagi lah ya.
Quote makita 24-9-2023 04:57 PM
Dia ni xde gang tai tai ke? Tapi bagus la masih rasa nak bekerja.
Quote wirazam 24-9-2023 05:11 PM
MatDeghem replied at 24-9-2023 02:58 PM
nak berlakon drama / pilem lokal sampai hire international coach?

kalau nak pegi hollywood atau lo ...

Pasti actor actress senior acah acah ALister Dan juruletih terpaling rasa terpukul kan....
Quote mamajawie 25-9-2023 10:17 AM
heythere123 replied at 24-9-2023 02:10 PM
iols mulanya nak speku camtu jugak  tapi sape tahu sheols macam sofea jane kan.

cuma sofea jane ...

nasib baik sheollss x claim dia sepupu Cillian Murphy cam si parpu ibu royanan tu sibuk claim kawen dengan sedara Johnny Deep tah2 surname je sama tapi JD x penah langsung n x hingin jmpa laki si parpu ibu royanan tu..



Quote miss_strangers 25-9-2023 10:23 AM
zuriey replied at 24-9-2023 01:31 PM
Buat comeback
Sesuatu sgt..
Ada bau2 bakalan menjadi J ke

Biase macam tula..tradisi dunia seni
Quote heythere123 25-9-2023 11:27 AM
mamajawie replied at 25-9-2023 10:17 AM
nasib baik sheollss x claim dia sepupu Cillian Murphy cam si parpu ibu royanan tu sibuk claim kawe ...

sape si parpu ni kaka? spill cepat
Quote mamajawie 25-9-2023 11:47 AM
heythere123 replied at 25-9-2023 11:27 AM
sape si parpu ni kaka? spill cepat

noorul deep la sis manjang meroyan anak durhaka siap gaduh dgan laki..hahaha

Quote heythere123 25-9-2023 01:09 PM
mamajawie replied at 25-9-2023 11:47 AM
noorul deep la sis manjang meroyan anak durhaka siap gaduh dgan laki..hahaha


oh, boleh ek dia claim cenggitu

entah betul entah tak tu

anyway iols angin betul sheols berjela salahkan netizen pasal isu anaknya tu padahal dia yang mula bukak mulut. Geram la orang berbelit ni
Quote kalchi 25-9-2023 02:33 PM
Napa br skrg she nk wt comeback eh. Jgn ckp sbb doter dia da besar. Masa baru kawen keje host pin tak ambik. Tiba lak time kertu baru nak gigih
Quote mamajawie 25-9-2023 02:43 PM
heythere123 replied at 25-9-2023 01:09 PM
oh, boleh ek dia claim cenggitu

entah betul entah tak tu

itu la si parpu tu nak gk steal limelight dok kata laki dia tu cousin Johnny Deep..ehhh lamberttt lagi..

Quote electricopop 25-9-2023 02:54 PM
Bosan kut jadi Che Puan je, why not back to acting and hosting.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.246455 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top