CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anne Ngasri Dilantik Timbalan Pengerusi GiatMARA

23-9-2023 04:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8558| Komen: 90

Pelakon Datin Anne Ngasri, 38, melahirkan rasa syukur selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA, baru-baru ini.

Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri berkongsi berita baik itu menerusi hantaran di Instagram, baru-baru ini.



Dalam hantaran itu, Anne berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.

"Alhamdulillah, menjadi sebahagian keluarga besar GiatMARA Malaysia. Kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Konvensyen Graduasi Ke-36 GIATMARA Zon Pantai Timur 2023.

"Syukur, Ya Allah dan terima kasih pada yang selalu mendoakan. Saya juga doakan semua dilindungi dan diberi yang terbaik sepanjang perjalanan yang mendatang," katanya.

Difahamkan, majlis berkenaan berlangsung di Duyong Marina & Resort, Terengganu pada 20 September lalu.


Ibu kepada enam cahaya mata termasuk seorang anak tiri itu pernah menyandang jawatan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan kini menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia bagi penggal 2023 sehingga 2026.


Kerjaya Anne yang pernah popular dengan drama Cili Padi ketika zaman kanak-kanak dalam bidang kepimpinan bermula selepas bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4.

Terdahulu, pasangan ini juga mempunyai cahaya mata dari perkahwinan sebelum ini. Anne mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertama iaitu Abdul Warits, 16, Abdul Wafri, 14, dan Nazharah Afroza, 12, manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim, 17.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 23-9-2023 04:40 PM
Apa sumbangan ko utk giatmara? Ko ada sijil giatmara ?

Sepatutnya ambik la alumni giat mara, yg dh berjaya, cemerlang terbilang yg dh sambung pendidikan tinggi hasil dripada sijil giat Mara. Aduhh
Quote lostnfaun 23-9-2023 04:45 PM
Dia nie orang kuat umno ke? AJK bahagian?
Quote likilu 23-9-2023 04:54 PM
Bila interview?
Quote RVP20 23-9-2023 05:00 PM
lostnfaun replied at 23-9-2023 04:45 PM
Dia nie orang kuat umno ke? AJK bahagian?

Dlm article tu ada tulis jawatan yg dipegang.
Exco Wanita UMNO , bekas EXCO Puteri UMNO
Quote AWEKSAMURAI 23-9-2023 05:02 PM
lostnfaun replied at 23-9-2023 04:45 PM
Dia nie orang kuat umno ke? AJK bahagian?

Bini org umno
Quote AWEKSAMURAI 23-9-2023 05:03 PM
Dlu Non al juburi kata atok asyik kroni ja perkayakan ank beranak n kroni atok je...skrg apa kurangnya Non??
Quote kaseh80 23-9-2023 05:35 PM
Nape timbalan terus jadi Pengrursi
Asal amenogok gitu the
Quote snowater 23-9-2023 05:41 PM
Lantikan politik ke ni? Apa sumbangan die ni tetibe terpilih?
Quote Piramida 23-9-2023 06:03 PM
Pencapaian terbesar dia apa?
Kerja2 kebajikan as isteri ahli politik?

Agak2 lah if nak ambil someone utk institusi mcm ni.
Institusi kemakmuran keluarga ke... Peniaganita ke apa ke OK lah lagi.
Quote sleepandream 23-9-2023 06:21 PM
bangunan giatmara dekat tempat iols ni bangunan baru... tapi design tak menonjol pastu deme cat warna putih habis kelihatan taik2 burung menepek... byk pulak tu...
Quote bungarose 23-9-2023 06:22 PM
Makin teruk malaysia sekarang
Quote alesandra 23-9-2023 06:59 PM
Giatmara ni bawah kementerian mana?kalo bawah wak sekor tu..mmg x sedar diri umngok ni.
Quote bottombikini 23-9-2023 07:02 PM
yg bukan2 je lantikan
takpe lah buat gaso2
bukan lamo pun
Quote Moyangkucing 23-9-2023 07:30 PM
Topi phd tu sesapa pun boleh pakai ke sekarang ni? Kalau kat u , yg ada phd saja layak sarung topi tu,kan? Ker dia ni ada phd yg iols tak tahu
Quote RVP20 23-9-2023 07:36 PM
alesandra replied at 23-9-2023 06:59 PM
Giatmara ni bawah kementerian mana?kalo bawah wak sekor tu..mmg x sedar diri umngok ni.

Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah

SUA UMNO yg tewas 3 PRU pun dilantik jadi Pengerusi MARA
Quote silampumeja 23-9-2023 07:37 PM
alesandra replied at 23-9-2023 10:59 AM
Giatmara ni bawah kementerian mana?kalo bawah wak sekor tu..mmg x sedar diri umngok ni.

Mara bawah ashraf wajdi sekarang kan.
Quote alesandra 23-9-2023 07:40 PM
RVP20 replied at 23-9-2023 07:36 PM
Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah

SUA UMNO yg tewas 3 PRU pun dilantik jadi Pengerusi MAR ...

Ha.. betul la wak kan?dia balas la sapa yg paling kuat menjilat.dah makin  nak melingkup pun masih nak kekalkan tradisi.bukan  payah pikir apa kelayakan ke hapa
Quote MademoiselleZan 23-9-2023 07:43 PM
Memalukan..semakin pelik Msia...adoiiiii
Quote SANKURIANG 23-9-2023 08:01 PM
Macam dah pupus bijak pandai di Msia ni….retis diangkat nya jd Timb Pengerusi…mesti ada elaun…laki dia kan kaya dgn jadi Ajk apa tah kat umdap tu …ni angkat bini lak…makin kayo la kauorang…

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.082414 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top