CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Cukup Setakat Ini” - Adira Tak Menyesal Ikat Peranakan, Mahu Anak-Anak Membesar Bersama

23-9-2023 03:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5159| Komen: 13

Penyanyi, Adira Suhaimi tak pernah menyesal selepas membuat keputusan melakukan proses Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau 'mengikat' organ peranakan tahun lalu.

Pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, buat masa ini dia ingin memberikan perhatian kepada empat orang anaknya yang sedang membesar dan memerlukan perhatian penuh daripadanya.



"Saya memang rancang untuk mengandung sebelum umur 30 tahun. Syukur, Alhamdulillah saya sudah dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan. Cukup setakat ini dan saya ikat.

"Saya tak mahu bila anak-anak dah besar nak ada adik baru lagi, biarlah mereka membesar bersama.

"Macam saya sendiri ada lapan adik-beradik dan umur masing-masing tak jauh beza," katanya.


Dalam pada itu, Adira turut menjelaskan keputusan untuk 'tutup kilang' adalah atas nasihat doktor dan persetujuan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Selain itu, faktor usia juga membuatkan penyanyi itu memilih untuk tidak hamil lagi.

"Kali terakhir saya hamil adalah pada usia 30 tahun. Tenaga krtika itu memang tak sama ketika berusi 20-an. Memang rasa berbeza dan penat. 

"Apa pun, ia mungkin berlaku kepada saya dan tidak kepada orang lain.

"Saya pula melahirkan secara pembedahan sebelum ini jadi agak berisiko kalau hamil lagi," katanya.


Untuk rekod, Adira dan Datuk Red bernikah di Songkhla pada 3 Disember 2015.

Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayoun, 1 tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 23-9-2023 03:29 PM
Org berharta pun tau berenti beranak..
Quote makcun14 23-9-2023 03:32 PM
patut nya laki sheols yang kasi snip snip itu organ peranakan. ke si tok red tak puas menggatal dan tambah anak ??
Quote anony-mous 23-9-2023 03:35 PM
Dia ikat pon sbb terpaksa dah 4kali cser kan? Ok la tu
Quote Hoola 23-9-2023 03:52 PM
apa khbar lakinya
dulu famos betul bila kwin dgn dia
haha

la ni je muncul generasi tesla
Quote likilu 23-9-2023 04:01 PM
Janji sedap bereterusan
Quote Manusiabesa 23-9-2023 04:02 PM
Berkesan ek whitening drip dgn dia. Jd putih smpai pucat. Aku speku ik pun g drip sbb skrg nengok kulit mkin cerah glowing. Betina tu apa je dia buat. Habiskn duit je. Err seram apa khbr la buah pinggang masing2 yg hobi drip
Quote asfaz 23-9-2023 06:08 PM
anony-mous replied at 23-9-2023 03:35 PM
Dia ikat pon sbb terpaksa dah 4kali cser kan? Ok la tu

Sb tu  kot doktor nasihat kan. Kalau tak mau berderet dia ngandung lagi. Kita tgk yg rasa ngilu
Quote sleepandream 23-9-2023 06:17 PM
putih2 comel2 yach anak sheols...
sheols 8 adik beradik satu mak satu bapak ke...
Quote cawanmilosuam 23-9-2023 06:22 PM
aku kesian kat dia ni, dpt laki kaya pun kena jual sambal, masak live pnas2, jaga ank kecik2.. baik la dia ni
Quote shernazz 23-9-2023 06:31 PM
Iols last czer n btl terus..
Hoho...
Tiub yang doc potong tu iols tanam.skali dgn Uri Anak iols...

Kalau senang pregnant...Kasi ikat jelah...relaks sikit..
Quote jihyomelly 23-9-2023 10:23 PM
shernazz replied at 23-9-2023 06:31 PM
Iols last czer n btl terus..
Hoho...
Tiub yang doc potong tu iols tanam.skali dgn Uri Anak iols...

sep sama..iols pun last czer skali btl senang skali harung..3x czer umur late 30’s so cukup la
Quote Pujangga22 23-9-2023 11:39 PM
rajin cari duit erkk...rindu lagu2 adira ngn hafiz
Quote shernazz 24-9-2023 08:15 AM
jihyomelly replied at 23-9-2023 10:23 PM
sep sama..iols pun last czer skali btl senang skali harung..3x czer umur late 30’s so cukup la

Kan..iols 1st time czer Anak bongsu tu
Tapi mmg iols Tanya 2 hospital juga..swasta n.gomen
Doc mmg sarankan..iols pung mmg nekad..
So seminggu sebelum bersalin..iols bgtau doc ..doc pung cakap ok..haha
Alasan iols..iols takut nak mengamdung lagi dgn high risk dan iols dah bertahun amek Depo seterusnya pil yasmin

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.259249 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top