Tindakan seorang pemandu teksi yang sengaja mematahkan ‘wiper’ (pengelap cermin) sebuah kenderaan milik orang kelainan upaya (OKU) mengundang kecaman orang ramai. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh @MALAYSIAVIRALL di aplikasi X, pada mulanya kelihatan pemandu teksi itu dengan bersahajanya meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta OKU.
Mungkin kerana terlalu geram dengan tindakan pemandu teksi yang seolah-olah tidak menghormati hak OKU, pemandu jenis Perodua Kancil telah meletakkan kenderaannya berdekatan belakang kereta pengangkutan awam tersebut. Berang kerana sukar untuk keluar dari parkir kereta, pemandu teksi kemudiannya bertindak mematahkan pengelap cermin kereta Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan kawasan terbabit. Difahamkan, pemandu teksi itu tidak mempunyai pelekat OKU sama ada di cermin depan mahupun belakang. Susulan itu, orang ramai menggesa agar pihak berkuasa bertindak segera ke atas pemandu teksi berkenaan yang tidak bertanggungjawab dan sengaja merosakkan kenderaan awam lain.
“Kalau hidup kau tertekan sekali pun, tiada hak untuk rosakkan harta orang lain. Apatah lagi golongan yang memerlukan,” ciap Ashraf. “Kesiannya, dahlah hak parkir diambil. Naik kancil sahaja. Lepas tu kena keluar duit ganti ‘wiper’ yang dah patah, kesian sangat,” komen Nurul. “Cari sampai dapat. Dua kesalahan iaitu menyalahgunakan parkir OKU dan merosakkan harta benda,” komen seorang pengguna. Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 244,000 tontonan, 1,318 perkongsian dan 1,151 tanda suka. Sumber: Kosmo! Online |
Binodino replied at 23-9-2023 04:15 PM
Pemandu teksi tu oku mental agaknya
Difahamkan, pemandu teksi itu tidak mempunyai pelekat OKU sama ada di cermin depan mahupun belakang.
ADVERTISEMENT