Komen ditulis bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi di ruang komen video dimuat naik aktres Janna Nick di Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi kurang enak daripada netizen. Menerusi video berkenaan memperlihatkan Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, dan Hafidz sedang menyanyi lagu berjudul Cinta Tiga Segi nyanyian asal Saleem dipercayai ketika mereka berdua sedang menjayakan penggambaran sebuah drama.
Video tersebut menarik perhatian bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada yang meninggalkan komen memberitahu lagu tersebut mempunyai kaitan dengan aktor tersebut. Apatah lagi lagu berkenaan mengisahkan tentang kisah cinta lama yang datang kembali. "Weh kena siak lagu ini dengan dia (Hafidz) haha, menceritakan segalanya," katanya. Bagaimanapun komen Shuhada itu membuatkan segelintir netizen meluahkan rasa muak dengan tindakannya yang seolah-olah masih belum move on dan memburuk-burukkan Hafidz.
Malah mereka turut menyelar Shuhada tergamak meninggalkan komen berbaur sindiran biarpun kini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah. "Saya boleh bau aura negatif di sini. Janna post video untuk promo drama ini... yang konon dah move on tu tak perlu tinggalkan komen macam itu. "Kan tengah buat umrah sekarang, hati tak bersih-bersih lagi ke? "Di Makkah pun masih aktif komen fasal bekas suami. Tahniah Shuhada, mesti awak gembira ramai orang kutuk Hafidz... Semoga makin tenang dengan kejatuhan Hafidz," tulis netizan. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai pada 22 Februari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 2 tahun. Sumber: mStar
|
missHaidiD: Aku caya yg komen tu acik2 por ...
missHaidiD replied at 22-9-2023 09:00 PM
Aku caya yg komen tu acik2 porum
Adan uke ko shuringai
bondeh replied at 22-9-2023 10:02 PM
Meolls antara yang liked komen2 bayangan acik2 forum. Ada satu tuh siap ada sikirinshot lagi nak d ...
ADVERTISEMENT